Sunday 20 March 2011

Biru Pelangi - Bab 2

Share

Love makes the time pass. Time makes love pass - Euripides

BAB 2

Alff mencampakkan beg berisi baju ke atas katil. Dia melihat jam tangannya. Dah nak pukul tiga petang. Dia terus masuk ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Selepas bersolat dia berdoa untuk ibu bapanya. Dia juga berharap supaya cita-cita dan hajatnya kesampaian. Kemudian dia mengemaskan meja belajarnya. Terasa sunyi. Ibu bapanya pasti masih di pejabat menguruskan kerja masing-masing. Alff mencapai telefon bimbitnya. Esok hari sabtu, tak salah sekali-sekala keluar malam. Duduk rumah pun bukan buat apa-apa. Lagipun kalau asyik duduk dalam rumah nanti otak tak berkembang. Dah rasa macam dalam iklan susu kanak-kanak je. Alff mendail nombor milik Fisya.

“Hello, hello ! Kopi ke Miloooo…”

“Assalammualaikum…” Fisya menjawab selamba. Dalam hatinya panas mendengar suara Alff yang tidak reti memberi salam.

“Aduh, sorry. Waalaikumusalam…”

“Pandai pun budak tak matang ni.” Fisya gelak di hujung talian.

“Janganlah gelak, aku nak ajak keluar ni. Jom. Kat kedai mamak hujung jalan tu. Aku belanja.”

“Hah ? Sekarang ke ?”

“Bukan sekarang, malam ni. Lagipun parents aku out, tak ada kat rumah maybe esok baru balik. Mak Jah tak ada. Siapa nak tolong masak ni. Kau call dua orang lagi tuan puteri tu sekali ye.”

“Ok, boleh je. Alff…”

“Apa ?”

“Kalau budak dua orang tu tuan puteri kan aku ni apa ? Kuli kau ?”

“Tak la. Kau permaisuri.Haha…” Alff tergelak sendirian.

Ada yang makan selipar mamak kang.”

“Dah lah, jumpa malam nanti. Dalam pukul sembilan malam. Jangan lupa makcik. Ok. Bye. Assalammualaikum”

“Waalaikumusalam…” Talian dimatikan. Fisya berlari menuruni tangga. Dia perlu mencari baju sesuai untuk keluar malam ini.

Alff menuruni tangga sepantas yang boleh. Dia membuka laci meja. Dia mencari kunci motor. Ada ! Nasib baik. Kalau tidak terpaksa dia berlapar, paling tidak pun masak maggi sahaja. Sementara situasi di rumah Hazman agak kucar-kacir. Mana tidaknya, rumah habis disepahkan oleh adik-beradiknya. Dia melihat jam tangan. Ada masa mengemas sebelum malam. Manakala Jiha dan Erin berada di gelanggang futsal. Masih sempat bermain futsal pada waktu petang. Sudah menjadi kebiasaan mereka bermain futsal setiap minggu tetapi hari ini mereka pulang lebih awal selepas mendapat panggilan dari Fisya. Masing-masing sibuk pada waktu itu.

Fisya mencapai kunci motor dan berlari turun ke tingkat bawah. Mak Limah menggeleng kepala melihat perangai anak dara majikannya.

“Mak Limah tak masak kan ? Nasib baik. Nanti bila mama dengan papa balik cakap Sya keluar dengan Alff, Erin, Jiha dengan Hazman. Sya ada je kat kedai mamak hujung jalan tu.”

“Hah, yelah. Balik awal sikit. Mak limah tahu esok cuti sebab hari sabtu kan tapi kamu tu anak dara balik awal tau.”

Ok. Bye Mak Limah. Assalamualaikum…”

“Waalaikumusalam”

Hazman mencari kelibat Alff, dia ternampak Erin dan Jiha. Pasti mereka datang lebih awal dari Alff dengan Fisya. Hazman berlari anak ke arah mereka. Dia tersengih melihat Erin dan Jiha.

“Budak dua orang tu mana ?”

Erin dan Fisya hanya mengangkat bahu. Masing-masing tidak tahu, malahan kelibat Alff dan Fisya masih tidak muncul lagi.

“Tu hah dia orang. Mengada betul lah.” Erin dah mula membebel.

Fisya dan Alff memandang mereka. Alff melambai tangan dan meminta mereka tunggu sebentar. Motor Fisya bersebelahan dengan motor Alff, mereka berdua mendiamkan diri. Fisya membetulkan rambutnya yang berterbangan ketika dia membawa motor. Alff melihat Fisya dan menghulurkan sikat. Fisya hanya mencapai tanpa berakata sepatah perkataan.

“Asal diam ?”

“Rambut aku hah ! Kau tengok, dah mengembang macam singa punya gaya je.”

“Pakai tudung lah lain kali. Dah tingkatan berapa pun nak kena ajar ke kau ni ?” Alff bercakap agak kasar. Ini bukan kali pertama dia meminta Fisya memakai tudung. Alff terus berjalan meninggalkan Fisya keseorangan.

Fisya melihat Alff sedikit dingin dengannya. Sikat milik Alff masih lagi dipegang. Dia berjalan mengikuti Alff dari belakang tanpa banyak cakap. Sorry Alff, aku tak ready lagi nak bertudung. Fisya berkata dalam hati. Erin, Jiha dan Hazman melihat Alff dan Fisya. Alff datang dengan muka ketatnya seperti marahkan sesuatu. Si Fisya pula membuat muka merajuk. Habislah, kalau budak dua orang ni jadi begini. Mesti bosan je.

“Kenapa kau orang pandang macam tu ?”

“Tengok kau berdua lah, muka masing-masing tak boleh tahan. Semua muka ketat je. Kata dah macam adik beradik tapi tak kan hati budi masing-masing tak kenal lagi.” Mulut lepas Jiha menyebabkan semua terdiam.

Fisya memandang Alff, Alff memandang Fisya. Mereka ketawa. “Jiha kau ni memang tak boleh control ayu betul lah. Dah lah Fisya kau duduk lah, jangan layan budak-budak tak matang ni.”

“Kau pun sama je, bajet macho lebih.”

Ketawa mereka pecah mendengar kata-kata Fisya yang ditujukan khas untuk Alff. First time dalam sejarah Fisya berkata begitu, bukan senang nak dengar Fisya cakap macam tu. Malam tu Alff berasa senang hati melihat Fisya mengeluarkan taring dengan kata-katanya. Dah lama mereka tak gelak ketawa. Sejak naik tingkatan empat mereka jarang menghabiskan masa bersama, dengan keluarga sendiri pun Alff jarang meluangkan masa kerana ibu bapanya sibuk berkerja.

“Mengantuknya…” Fisya menguap sekuat hati. Rasa macam nak keluar jalan-jalan, kata Fisya dalam hati. Buku fizik ditutup. Dia mengambil kunci motornya. Dia mengubah fikiran dan meletakkan semula kunci motornya. Better walk sebab naik motor tak bakar lemak. Fisya keluar berjalan-jalan seorang diri di sekitar taman tasik yang berdekatan rumahnya. Dia terdengar seseorang menyanyi di hujung taman tasik tersebut. Ada seorang lelaki sedang bermain gitar di atas tembok hujung taman tasik itu.

Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Lagu Kau Ilham Ku. Nak pergi tengok lagi dekat lah. Mana tahu dapat nasib baik kan. Boleh lah aku nyanyi sekali.

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Fisya berjalan menuju ke tembok hujung taman tasik tersebut. Memang jarang orang luar berada di kawasan itu lebih-lebih lagi datang untuk menyanyi atas tembok. Memang agak tak logik sebab sebelum ini tiada sesiapa lagi yang panjat tembok semata-mata nak menyanyi di situ. Fisya menuju ke arah tembok tersebut. Dia melihat seorang lelaki sedang duduk di situ. Rambutnya ala-ala kulit durian, pakaiannya juga menarik perhatian Fisya. Baju berjenama Body Glove, kasutnya pula Adidas yang berkemungkinan harganya mencecah ratusan ringgit. Lelaki tersebut masih tidak perasan akan kehadiran Fisya di situ. Fisya menghampirinya dan berdiri berdekatan lelaki tersebut. Lelaki tersebut menoleh dan memandang Fisya. Nyanyian dihentikan. Fisya sedikit terkejut melihat lelaki tersebut. Mukanya seiras, cuma terdapat sedikit perbezaan.

Lelaki tersebut tersenyum melihat Fisya. Dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan Fisya. “Hai, saya Affy.”

“Err… Sa…sa…ya… Err… Sya…” Salam disambut.

“Hah ?”

Sejak bila kau jadi gagap ni Fisya. Dush ! Dush ! Fisya mula bersikap pelik apabila dia tiba-tiba seperti amnesia sebentar. “Sorry, I’m Fisya.”

“Oh, I see. You ni budak area sini right ?” Affy bertanya.

Yes. Tapi Affy ni bukan tinggal kat sini kan ? Saya tak pernah nampak awak sebelum ni.”

Affy hanya tersenyum. “Betul awak rasa awak tak pernah nampak saya Fisya ? By the way, awak ni mesti student sekolah tu kan ?” Affy menunding jari ke arah blok bangunan sekolahnya yang kelihatan dari taman tasik itu. Lagipun majoriti pelajar di sekolah tersebut kebanyakannya tinggal berdekatan sahaja.

“Ya, memang saya sekolah situ. Awak sekolah mana ?”

Overseas. Ausie. On the way nak amek O level sepatutnya tapi saya rasa its better kalau saya further studies kat Malaysia.”

“Oh… You kinda lucky you know.” Fisya tersenyum

“Tak juga. Sebab saya dah lama sangat tinggal dekat Ausie tu.”

“Oh… Em…”

Affy melihat jam tangannya. Dah lewat petang. Dia mengambil gitarnya dan turun dari tembok itu. “Fisya, saya rasa nak balik lah. Dah lewat ni. Kalau nak dengar saya nyanyi datang lagi esok kat sini. Boleh borak-borak. Lagipun saya tak kenal sesiapa pun kat area sini.”

Ok, tak ada hal lah. Esok kalau free saya datang lagi.”

“Nak saya tumpangkan balik rumah ?”

It’s ok. Prefer to walk.”

Oh, ok then. Pergi dulu. Assalammualaikum”

“Waalaikumussalam”

No comments:

Post a Comment