Sunday 20 March 2011

Biru Pelangi - Bab 5

Share

BAB 5

Tahun baru, azam baru dan juga cita-cita baru. Affy mencari meja kosong di kantin sekolah barunya itu. Memang betul kata Alff, majoritinya berpuak-puak. Baru selangkah dia berjalan terdengar seorang pelajar perempuan menjerit namanya. Fisya yang menjerit namanya. Dia melihat Alff sedang duduk makan bersama Fisya. Mereka berempat sahaja, Alff, Fisya, Hazman dan Erin. Jiha tiada di situ. Affy menuju ke arah mereka.

“Kau orang memang tak boleh berpisah ke ?”

“Maksud kau ?” Erin bertanya

“Yelah, bersama je memanjang.”

“Tak lah. Berpisah time kelas je. Sebenarnya petang nanti ada mesyuarat sukan sekolah. Ada budak junior kan. Kau join lah sekali.”

“Boleh ke ? Aku pun junior juga.”

“Boleh. Lagipun petang nanti ada latihan rumah sukan. Kau rumah Biru kan so kau dengan kami.”

“Hah ? Serius ? Semua dekat sini rumah Biru ?”

Mereka semua ketawa melihat Affy yang menggaru kepala.

“Betul lah. Kau tengok meja sana tu. Zack dengan Aril kan. Dekat sana tu Tyraa dengan angkatan dia semua rumah kuning.” Fisya menunjukkan ke arah meja hujung kantin tersebut.

“Betul kata Sya wei. Tengok sana tu. Wanita jelita atau lebih dikenali dara pinggitan tengah duduk dengan anak Tan Sri Zainudin, si Nashrin tu. Itu senior rumah hijau.”

“Ok.Ok. Saingan lah kiranya dia orang tu semua kan ?”

Mereka semua mengangguk. “Aku nak makan boleh kan ?”

Ketawa mereka pecah mendengar kata-kata Affy. Mereka lupa Affy belum habis makan lagi malah mula makan pun belum.

Selepas seminggu dua atau mungkin sebulan dua Affy telah biasa menjadi pelajar sekolah tersebut. Malahan gosip-gosip liar yang tersebar tentang Affy juga semakin rancak diperkatakan. Cerita berkaitan Affy adalah abang kembar kepada Alff juga telah tersebar ke seluruh sekolah. Dari kelas sampaikan makcik cleaner sekolah pun tahu. Nak tak nak kena terima. Ada juga mata-mata yang sering mengintai Affy. Yelah kan, tak dapat Alff dapat Affy pun jadi lah kan. Nama berbeza tapi muka serupa.

“Sya !” Affy menjerit apabila ternampak rakannya itu dalam perjalanan ke kantin.

Fisya berhenti dan memandang belakang. Budak Affy ni kalau tak jerit lagi kuat memang tak sah agaknya. Kalau boleh satu sekolah dia nak jerit nama aku. Alff dengan Affy ni memang spesies sama ke apa ? Lupa, memang sama kan. Sama jantina. Kembar lagi tu. Kalau Alff suka jerit nama dia, Affy pun lebih kurang je. Dua kali lima.

“Kenapa ? Aku ada buat salah ke ?”

Ada.”

“Hah ?”

“Kau nak pergi kantin ke ?”

“Yelah.”

“Elok sangat lah tu. Aku tak ada member hah. Makan sekali dengan aku hah. Kesian aku. Kau tengok lah Alff tu mana tah dia hilang.”

“Kau nak suruh aku tengok dia macam mana kalau dia hilang ? Dah jom lah. Lapar lah.” Fisya berjalan beriringan bersama Affy.

“Eii… Kau ni memang kuat makan atau tak cukup makan sebenarnya ?”

“Tak tahu lah. Dua-dua rasanya. Nafsu makan sekarang ni melampau-lampau pula aku rasa.”

Affy tersengih. “Gemuknya tidak, aku tengok asyik muka kau je selalu buat jejak makanan dekat sini.”

Fisya ketawa mendengar kata-kata Affy. Mereka membeli makanan yang sama. Memandangkan sekarang pukul dua petang kantin sedikit lengang. Pada waktu ini jarang pelajar stay back untuk pergi mesyuarat persatuan. Mereka lebih suka balik rumah. Yelah kan. Mak masak lagi sedap dari makan di kantin sekolah. Duit pun dapat jimat.

Dari jauh Aril memerhatikan Affy dan Fisya. Dia mengeluh. Zack yang bersamanya menggeleng kepala melihat Aril. Dulu masa dapat yang baik si Aril ni main kayu tiga. Sekarang bila diri sendiri kena terkunci mulut lah tengok orang lain. Zack menepuk bahu Aril perlahan dari belakang. Aril buat endah tak endah. Matanya dari tadi hanya memandang ke arah Affy dan Fisya. Siapa tak kenal Fisya kan ? Mak cik cleaner pun kenal dia. Bukat setakat mak cik cleaner tapi pak cik tukang kebun tu pun boleh kenal Fisya. Tak logik lah kalau majoriti pelajar sini tak kenal dia. Aril menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemungkinan besar untuk ada kutu sangat tipis kerana rambutnya dijaga rapi kalau setakat nak pergi salon rambut tiap bulan tak ada lah sangat.

Zack memegang bahu Aril dan menggoncang badannya. “Bangun Aril ! Bangun… Kau apesal ni tiba-tiba je macam orang kena sampuk. Kau dengar tak apa aku cakap ni ?”

Aril tersedar. Dia menampar perlahan pipinya sendiri. “Aku sedar lagi ni. Aku tu lah tengah fikir…” Belum sempat ayat Aril habis Zack dah memotong percakapannya.

“Fikir Fisya kan ? Let bygones be bygones. Dia tu bukan barang mainan lah. Jom turun. Kat dewan terbuka ada mesyuarat ni. Kalau kau nak tenung anak dara orang pun beragak lah.” Zack terus menarik lengan Aril.

Aril membiarkan lengannya ditarik. Dia mengikut sahaja kata rakan baiknya yang seorang ni. Sampai sahaja di dewan terbuka semua mata-mata memandang ke arah mereka. Ada yang gelak melihat Aril ditarik Zack. Buat malu senior je si Aril ni.

“Maafkan saya, Cik Aqilah tinggal di bilik yang mana ?” Farish bertanya kepada seorang pekerja wanita hotel tersebut yang berada di kaunter. Pekerja itu hanya seorang diri.

“Maaf. Kami memang tidak dibenarkan sama sekali memberitahu nombor bilik pelanggan kami kepada orang luar hotel ini melainkan dipesan. Encik ni siapa ?”

“Perlu ke saya bagi tahu ?”

“Maaf. Saya hanya menjalankan tugas saya. Kalau encik ada apa-apa masalah encik boleh laporkan kepada pegawai atasan kami. Saya hanya menjalankan tugas.”

Farish terdiam. Terlalu mengikut prosedur sangat sampai tak kenal orang. Dia membetulkan sedikit pakaiannya. “Saya Farish. Farish Nazmi bin Tan…”

“Maafkan saya Encik Farish. Maaf… Dia ni pekerja baru dekat sini. Encik Farish ada temu janji dengan Cik Aqilah dekat tingkat tingkat tiga di Restoran Light Marriot. Meja makan yang Encik Farish tempah sudah kami siapkan.” Panjang lebar penerangan seorang pekerja yang baru sahaja tiba. Farish melihat tanda namanya ‘Fatin’.

“Terima kasih Cik Fatin. Dan awak Cik Alia, selamat datang ke Hotel Marriot. Selamat bekerja.” Alia berasa pipinya panas, sudah kemerahan.

“Terima kasih Encik Farish. Minta maaf sebab bersikap kasar sikit tadi.”

“Tak apa. Awak menjalankan tugas dengan baik. Tak perlu laporkan kepada pihak atasan sebab saya pun pihak atasan juga. Saya pergi dulu.”

Farish senyum dan menggeleng kepala melihat pekerja bapanya, Tan Sri Malik. Macam-macam karenah betul. Dia menuju ke arah lif dan menekan butang lif. Sampai sahaja di tingkat tiga dia terus menuju ke arah sebuah pintu yang dihias indah. Pintu itu menuju ke sebuah restoran yang dikhaskan untuk para pelanggan hotel untuk menikmati makanan dari luar negara dan juga terdapat makanan kampung dari pelbagai negeri di Malaysia. Ilham untuk menubuhkan restoran ini ialah ilham dari ibunya sendiri.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

“Qiqi, you ok tak ?”

Not really. Listen, Saya nak cari adik-adik saya. Awak kena tolong. Saya dah pergi rumah lama kami tapi tak ada orang. Jiran kata family saya dah pindah area sekitar tu juga. Tapi, saya tak ready nk jumpa dia orang semua.”

“Saya faham tapi kenapa tak ready ? Kalau tak ready kenapa awak balik sini ?”

Qiqi terdiam. Dia tidak boleh bercakap apa-apa. Farish memandangnya mengharapkan jawapan. Tak mungking wanita ini akan memberikan jawapan kepadanya sekarang. Dia mendapat satu idea.

“Macam ni aje lah. Awak tinggal dengan saya. Lagipun kawasan rumah awak dekat je dengan kawasan rumah saya.”

“Tinggal dengan awak ? Gila ke ? Kita bukan muhrim nak tinggal serumah. Tak nak lah !” Qiqi berkeras. Semua pelanggan restoran tersebut melihat mereka dan mula berbisik sesama sendiri.

“Awak ni… Belum habis cakap dah menyampuk. Dekat rumah saya tu ada parents saya. Tapi dia orang jarang ada rumah. Lagi satu kat sana ada Mak Jah yang akan jaga makan minum awak. Adik perempuan saya, Fisya tiap-tiap hari ada dekat rumah tu. Awak nak risau apa ?”

“Yeke ?” Terasa lega Qiqi mendengar kata-kata Farish.

“Sekarang ni jom pergi. Tinggalkan sahaja makanan ni. Saya suruh mereka bungkuskan. Awak pergi kemaskan barang-barang awak. Dalam setengah jam jumpa dekat bawah sebab saya nanti nak kena jemput Fisya.”

“Ok.” Kali ini tiada bantahan dari Qiqi. Dia terus keluar dari restoran tersebut dan meninggalkan Farish membayar makanan tersebut. Selesai sahaja urusan di restoran tersebut dia turun ke ground floor menggunakan lif semula. Dia menguruskan semua bayaran hotel Qiqi. Nak dipendekkan cerita, selama Qiqi tinggal di sini semuanya ditanggung Farish. Ini pun atas permintaan Farish nak uruskan semua sebab nak bantu rakannya sendiri.

Setengah jam kemudian, Qiqi turun dengan sebuah beg besar yang berisi baju dan beg tangannya. Farish memasukkan beg tersebut di dalam but keretanya tanpa banyak bincara. Dia melihat jam tangan memastikan Fisya tidak tertunggu-tunggu di sekolah.

“Kita pergi sekolah Fisya dulu. Dia tak bawa motor pergi sekolah hari ni. Saya lah kena jemput dia hari ni.”

Qiqi hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah Fisya tiada sesiapa pun yang bersuara. Baik Farish mahupun Qiqi. Yang kedengaran hanyalah bunyi penyampai radio membebel hal-hal dunia artis masa kini. Kereta yang dipandu Farish meluncur laju menuju ke sebuah sekolah. Keretanya berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah tersebut. Farish melihat jam tangannya. Rasa macam terlambat sebab dia tidak nampak Fisya di mana-mana. Tiba-tiba pintu kereta belakang dibuka.

“Along, kenapa lambat ? Sya baru nak balik jalan kaki je tadi.” Mata Fisya mengerling ke tempat duduk sebelah abangnya. Perempuan mana along angkut ni ? Fisya berkata dalam hati.

Sorry lah Fisya. Ada hal sikit.”

Fisya duduk di tempat duduk belakang. Dia memandang alongnya kemudian memandang perempuan sebelahnya. Farish yang dari tadi sedari perbuatan Fisya hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu mahu memberi alasan apa kepada Fisya kali ini.

“Fisya. Sekolah ok ?”

Ok.”

“Banyak kerja sekolah ?”

“Tak.”

“Malam ni kita makan luar nak ?”

“No.”

“Malam ni ada kelas tuisyen ?”

“Tak.”

Semua soalan dijawab sepatah-sepatah. Qiqi memandang Farish yang mengeluh di sebelahnya. Mungkin Fisya tak selesa dengan kehadirannya. Qiqi cuba membetulkan keadaan.

“Fisya, nama akak Aqilah. Along Fisya ni ajak akak tinggal serumah. Panggil akak, Kak Qiqi.” Qiqi menghulur tangan untuk bersalaman dengan Fisya. Fisya tersenyum. Dia bersalaman dengan Qiqi

“Along ni memang teruk lah. Tak gentle langsung. Ada ke patut makwe dia yang kena kenalkan diri sendiri.”

Qiqi terpampan. Makwe ? Bila masa ni ? Farish nak sahaja menekan brek kereta secara mengejut apabila mendengar kata-kata Fisya. Mulut budak seorang ni memang tak reti bertapis betul. Tak ada insurans betul mulut main cakap je Qiqi nak makwe aku. Qiqi melihat Farish seperti gelabah.

“Er… Fisya…”

“Ye kak ?”

“Akak dengan along Fisya kawan je. Kitorang tak ada apa-apa lah.” Qiqi menjelaskan dan tersenyum.

Muka Fisya sedikit blurr. Along aku ni sememangnya tak gentle langsung. Ingatkan dia dah bakal dapat kakak ipar tadi siap nak bawa balik rumah. “Oh… Kawan je lah ni. Ok. Tersalah orang pula. Along, kalau dia ni bukan makwe along kan…” Fisya memetik jarinya.

“Hah… Mesti perempuan yang pakai tudung hari tuh makwe along kan kan kan ?”

“Dah sampai dah. Fisya, pergi bagi tahu Mak Jah kita ada tetamu.” Soalan Fisya langsung tidak diendahkan.

“Wajib bagi tahu ke ?”

Now Fisya. I forget something, wajib bagi tahu ok.”

Fisya keluar dari kereta dan terus menghilangkan diri. Dia pergi ke dapur untuk memberitahu Mak Jah tentang kedatangan tetamu undangan atau lebih tepat tetamu khas alongnya.

“Adik awak tu lawa lah. Baik pula tu. Lagipun dia nampak friendly.”

“Adik saya je ? Saya tak ke ?”

Qiqi hanya tersenyum. Dia melihat kawasan rumah tersebut. Besar sangat-sangat. Dari sini dia akan mulakan pencarian. Adik-beradiknya dan juga kedua orang tuanya. Bertahun tak balik Malaysia rasa lain sangat. Kalau dahulu dia merajuk sekarang dia merujuk kembali semua ahli keluarganya.

No comments:

Post a Comment