Tuesday 1 March 2011

Biru Pelangi - Bab 1

Share

The road ahead is what you leave behind - Brad Perks

BAB 1

“Fisya, aku dengar kau nak balik UK. Betul ke wei ?” Erin menegurnya dengan mulut yang masih penuh berisi makanan. Fisya melihat Erin dan menggeleng kepala.

Kot ye pun kau neh cuba lah habiskan makanan dalam mulut tu dulu. Sebijik dah muka kau macam kartun dalam cerita Monster, Inc. tuh tahu tak.” Fisya tersengih melihat telatah rakan baiknya seorang ni.

Haih, yelah. Jap. Kau tunggu ! Aku nak basuh tangan kat luar kejap.” Erin berlari keluar dari kelas menuju ke paip berdekatan dengan kelas mereka. Dia membasuh tangan secepat yang boleh walaupun masih terlekat zahrah-zahrah kotoran degil di tangan. Dia tidak peduli asalkan mendapat tahu cerita sebenar dari Fisya. Dia terus berlari menuju ke kelas semula.

“Gila ekspres kau basuh tangan. Bersih ke tak tu ?” Fisya memandang Erin sambil membuat muka selenge tidak mempunyai perasaan. Fisya melihat tangan Erin dan menggeleng kepala.

“Alah kau ni abaikan tangan dan segala jari jemari montel aku ni. Yang penting aku nak tahu pasal kau nak balik UK ni. Betul ke tak ni ?” Erin mula membebel mengalahkan warga emas di kampungnya. Sudah semestinya warga emas tu nenek Erin.Fisya tergelak tiba-tiba, Erin memerhati dengan pandangan yang pelik. Sah ! Fisya dah jadi mereng beberapa hari ni. Punya lah kecoh fasal Fisya nak pergi UK masa cuti akhir tahun kali ni dia boleh gelak lagi. Dah lah tahun depan nak SPM, tak ingat dunia betul lah si Fisya ni.

“Sudah-sudah lah kau gelak kan aku. Sadis je aku tak tahu apa-apa ni.” Erin menarik muka dan terus duduk di kerusi berhadapan dengan Fisya.

“Ehem… Aku sebenarnya kena pergi UK sekejap je. Seminggu macam tu lah. Aku kan dah bagi tahu hari tu. Kau tak ingat kan ?” Fisya berkata dengan selamba. Dia mengambil coklat Cadbury dari bawah mejanya dan meletakkan di atas meja.

Coklat Cadbury di atas meja masih tak bersentuh. Erin memandang Fisya kemudian mengalihkan pandangan ke coklat Cadbury yang masih kekal di atas meja tidak berusik. Erin menalan air liur melihat coklat tersebut. Sebesar alam si Fisya ni beli coklat. Memang tak menahan air liur lah. Erin tidak dapat menahan godaan. Dia sudah bersiap sedia menerkam coklat berada di atas meja. Masing-masing sunyi sepi yang kedengaran hanyalah beberapa rakan sekelas mereka yang sedang bergosip. Itu memang menjadi hobi Tyraa dan konco-konconya. Memang sah-sah tengah gosip pasal artis, tak pun paling low profile punya gosip mesti pasal budak lelaki sekolah ni.

Nak dipendekkan cerita Fisya, Erin dan beberapa lagi rakan baik mereka tak tergolong dalam orang yang menyebarkan gosip sebaliknya orang yang menjadi mangsa gosip. Beberapa pelajar kelas sebelah lalu di hadapan kelas mereka. Fisya memandang ke pintu dan melambai-lambai tangan ke luar. Erin menoleh ke luar. Dia memandang Fisya sambil tersenyum. Jiha, Hazman dan Alff tersengih dan melambai tangan meminta tunggu dalam 15 minit lagi. Memandangkan mereka pelajar dari kelas sains tulen jadi kelas mereka berdekatan sahaja dengan kelas sains teknologi iaitu kelas Fisya dan Erin. Sebaris dengan kelas mereka ada juga menempatkan kelas sains akaun yang majoritinya bakal pelajar cemerlang sekolah dan juga merupakan saingan terbesar kelas sains lain.

“Ajak diorang lepak dengan kita.” Erin tersengih seperti kerang busuk. Lagi ramai kawan mereka lagi riuh lah kelas tu nanti.

“Erin, kau ni tahu je kan. Aku memang saje je beli coklat sebesar alam ni sebab nak ajak diorang lepak dengan kita. Lagipun nanti tak ada cikgu masuk sebab akhir tahun kan. Tu yang best.” Fisya memandang ke luar memastikan tiada cikgu yang lalu lalang di kawasan blok mereka. Erin dari tadi hanya mendiamkan diri menahan air liur melihat coklat Cadbury tersebut.

15 minit kemudian terdengar bunyi bising di luar kelas. Minggu ini ialah minggu akhir persekolahan bagi para pelajar. Seperti biasa Fisya dan Erin lebih suka menghabiskan masa di dalam kelas dari keluar duduk melepak di pondok berdekatan taman sekolah. Beberapa pelajar dari kelas lain juga telah mengamalkan nomad dari kelas ke kelas seperti biasa pasti untuk bergosip atau dating bersama buah hati masing-masing. Dari luar kelas terdengar jeritan Amy, pengawas sekolah yang gila kuasa mengarah supaya semua pelajar masuk ke dalam kelas sementara menunggu guru masuk.

Beberapa minit kemudian kelihatan pelajar kelas sebelah mula berlari sana sini melarikan diri daripada bertembung dengan si Amy gila kuasa. Jiha dan Hazman sempat melarikan diri dari kelas mereka dan terus memasuki kelas Fisya melalui pintu belakang. Kelibat Alff tidak kelihatan di luar kelas dan juga ketika Jiha dan Hazman melarikan diri dari kelas mereka.

“Alff mana ? Korang tinggalkan dia ke ?” Fisya mula pelik melihat hanya Jiha dan Hazman berdua sahaja.

“Tak lah. Dia pergi buat project jahat sikit. Dia pergi kantin.” Jiha mengeyit mata. Hazman hanya mengangguk dan tersengih.

“Alff tu ada je kan idea dia.” Erin mula bersuara.

Tiba-tiba kedengaran beberapa pelajar perempuan menjerit di luar kelas. Keadaan menjadi kelam kabut apabila kelihatan pelajar berlari sana sini di luar kelas. Hazman memandang Fisya, Erin dan Jiha. Hazman tersengih. Fisya, Erin dan Jiha menjeling Hazman dengan pandangan mata yang tajam. Tiada godaan dan tatapan indah yang diberikan oleh wanita di hadapan Hazman. Dia mengaku kalah.

Ok, jangan pandang macam tu. Punca menjerit kat luar tu semua idea Alff. Tiada kena mengena dengan korang semua. Dia bukan pergi kantin pun.” Hazman bercakap dengan perlahan supaya tiada sesiapa mendengarnya. Fisya, Erin dan Hazman menahan gelak supaya tiada siapa yang mendengar rancangan tersebut.

“Alff masuk kan apa kat dalam beg diorang kali ni ?” Erin mula berminat mengetahui perkembangan rancangan Alff.

“Rapat-rapat sikit. Tapi korang diam je tau.” Mereka mula merapatkan kerusi masing-masing mendengar cerita Hazman.

“Alff bawa banyak gila kali ni. Ada lipas dah mati dengan cengkerik hidup. Tapi paling best dia letakkan lipas dah mati ngan cengkerik hidup betul betul dalam beg si Amy gila kuasa tu. Tapi aku tak tahu lah minah tu dah perasan ke belum.” Hazman semangat memberitahu mereka

Mereka semua tergelak mendengar rancangan Alff. Memang tak dapat dinafikan lagi, rancangan Alff ni boleh menyebabkan dia dikerat-kerat oleh si Amy gila kuasa tu. Kalau Amy tu melenting memang boleh roboh sekolah ni. Cuma tiada siapa nak percaya yang si Alff ni buat kerja-kerja nakal macam tu. Siapa tak kenal Alff ni, atlet sekolah yang banyak mengharumkan nama sekolah. Bukan setakat atlet je tapi anak Dato’ Ruzaiman, usahawan terkenal di Negeri Sembilan. Walaupun Alff anak orang berada dia tidak pernah memilih kawan, dia tidak kisah berkawan dengan Hazman walaupun Hazman tidak setaraf dengannya.

Mungkin keluarga Hazman tidak sekaya keluarga rakannya yang lain tetapi mereka sahaja yang sanggup berkawan dengan Hazman. Jiha dan Erin pula memang seorang yang mesra alam. Mereka semua mula berkenalan ketika tingkatan satu. Pada waktu itu masing-masing seperti orang kehilangan arah tidak tahu alam persekolahan menengah lagi. Waktu itu Jiha mula-mula sekali menegur Erin dan Fisya. Sementara Fisya dan Alff memang sudah saling mengenali sejak tadika lagi. Cuma mereka berlainan sekolah pada waktu sekolah rendah dan bertemu kembali ketika alam sekolah menengah. Apabila Alff berkawan dengan Hazman, Fisya juga menjadi rapat dengan Hazman dan mula berkawan baik.

“Hoi ! Kau berangan ke ?” Hazman terkejut. Potong cerita je si Erin ni. Cerita lama yang melintasi fikiran Hazman terhenti. Fikiran Hazman telah melayang-layang apabila teringat kisah zaman alam persekolahan menengah rendah dahulu. Sekarang dah menengah atas, budak tingkatan empat kan so jadi senior lah. Lagi beberapa minggu sahaja masuk tah

“Eishhh… Kau ni kan Erin kacau daun lah. Aku baru je……” Kata-kata Hazman terhenti apabila terdengar bunyi seorang pelajar perempuan menjerit kuat. Mereka semua memandang ke luar kelas. Alff sedang berlari dari kelas sebelah dan menuju ke pintu belakang kelas 4B.

“Huh… Pe…nat…. gila.” Alff tersengih dan membuat gaya thumbs up ke arah kawannya. Alff menarik kerusi bersebelahan Hazman dan terus duduk membiarkan keadaan di luar berterusan kecoh dengan jeritan ketakutan pelajar perempuan.

“Alff takpe ke ?”

Alff memandang Jiha. “Emm… Takpe rasanya. Aku pun dah bosan dengar si gila kuasa bagi arahan sana sini.” Tangan Alff mencapai coklat di atas meja tanpa banyak tanya.

Bon appetite” kata Alff pada rakannya. Bungkusan coklat dibuka dan dikoyakkan. Fisya menahan ketawa melihat muka Erin yang berubah apabila coklat Cadbury di atas meja diambil oleh Alff.

Fisya, Jiha, dan Hazman tidak dapat menahan ketawa. Akhirnya mereka ketawa melihat Erin membuat muka apabila Alff tidak memberikan coklat tersebut kepadanya. Alff tersedar dengan perbuatannya terus meletakkan semula coklat tersebut di atas meja, dia tersengih melihat Erin yang hampir marah.

“Aku dari tadi tunggu nak terkam coklat tu, kau senang lenang je datang terus makan.” Erin membebel dan terus mencapai coklat tersebut.

“Weh, Alff berapa banyak kau bawa menatang tu semua ?”

“Tak banyak. Dalam satu bekas plastik je lah rasanya.” Alff mengambil botol air mineral yang masih belum dibuka itu dari atas meja dan meminumnya tanpa berkata apa-apa.

“Ohhh, satu plastik je. Kedekut kau ni.” Kata Fisya dengan selamba. Alff yang sedang minum air tersedak mendengar kata-kata Fisya.

Mereka semua gelak melihat Alff yang tiba-tiba tersedak, nasib baik air sempat telan kalau tidak habis mereka disembur air dari mulut Alff. Alff memandang Fisya, dia tidak percaya sebab ini kali pertama Fisya bersetuju dengan rancangan nakalnya membawa lipas dan cengkerik. Sebelum ini pernah juga dia bawa lipas dan kenekan beberapa pelajar dari kelas sains akaun. Tapi teruk dia dikerjakan Fisya. Malahan dia dipaksa menulis surat oleh Fisya supaya meminta maaf kepada pelajar kelas sains akaun. Perubahan yang sangat pelik.

“Alff ! Apsal kau pandang aku macam tu ?” Fisya memarahi Alff.

“Hah ? Tak aku sebenarnya tak caye kau cakap macam tu. Selalu kau tak setuju apa yang aku buat. Lebih-lebih lagi kalau ada bab lipas tu semua.”

“Alah kau ni Alff. Sekali sekala nak gak aku dengar puting beliung melanda kat blok ni.”

“Dah ada dah pun. Tadi…” Kata-kata Alff terhenti apabila terasa aura tidak menyenangkan.

“Haffsyam ! Ahmad Hazman ! NorjIha ! Kau orang bertiga balik kelas sekarang !” Amy menjerit di pintu kelas.

Kantoi ! Habis Amy dah tahu. Sadis je bila nama kena jerit kuat-kuat. Punya skema lah si Amy ni sampai nama panjang yang dia jerit. Elok-elok nama glamour aku Alff dia panggil Haffsyam. Jatuh populariti aku budak Amy ni kerjakan. Alff mula berkata dalam hati. Arahan Amy tidak diendahkan dan dia langsung sedikit pun tidak berganjak dari kerusi. Bukan sahaja Alff yang tidak berganjak malahan Amy yang berdiri di pintu juga masih tidak berganjak. Degil yang amat kedua-dua pelajar sekolah ni. Masing-masing kepala batu, agaknya kalau baling dekat anjing pun boleh mati.

Alff memandang Amy dan tersengih. Tak nak bergerak ke minah ni ? Nak tunggu aku dengan budak lain gerak keluar kelas baru nak berganjak ke ? Alff mula memikirkan jalan penyelesaian agar Amy keluar pergi dari kelas dengan segera. Kalau boleh dia nak Amy pergi terus macam mee segera, senang je tak perlu bagi arahan. Alff memandang Fisya dengan memek muka yang minta simpati. Fisya menggeleng kepala. Alff senyum terpaksa dalam hati masih berharap Fisya membantunya.

Fine. Heshh…” Fisya bangun dan menuju ke arah Amy.

Thanks makcik” Alff tersengih.

Erin, Jiha dan Hazman memandang Fisya. Mata mereka beralih ke arah Alff. Alff hanya mengangkat bahu. Amy sedang bercakap dengan Fisya. Beberapa minit kemudian Amy terus pergi dari pandangan mata mereka. Semua hanya mendiamkan diri. Terasa aman duniawi tanpa jeritan yang membantutkan keamanan sejagat para pelajar.

Well, my best buddy since I was a six years old. Fisya tu dah macam adik aku sendiri tau.”

“Oh…” Kata Erin, Jiha dan Hazman serentak. Mereka bertiga memandang sesama sendiri sementara Alff masih lagi

“Apa yang panjang semacam je kau orang ni ?” Fisya menarik kerusi. Semua menggeleng kepala mendiamkan diri. Mereka tidak banyak berkata dan gelak tawa, mungkin penat atau masalah lain yang perlu difikirkan. Alff memandang Fisya dan memandang ke luar kelas. Terasa sedap angin yang menyapa, rambutnya diusap. Dia cuma berharap tapi tuhan yang tentukan.

No comments:

Post a Comment