Sunday 20 March 2011

Biru Pelangi - Bab 4

Share

BAB 4

Affy dan Alff berpandangan. Dato’ Ruzaiman dan isterinya Puan Rozaimah atau lebih tepat lagi Datin Rozaimah memandang kedua-dua anak terunanya. Semua hanya mendiamkan diri mendengar keputusan ibu bapa mereka. Alff bangun dan menuju ke arah biliknya. Dia menghempaskan dirinya ke atas katil. Tangannya mencapai bingkai gambar yang terletak di atas meja bersebelahan katil. Gambar keluarga mereka. Gambar lama dan warnanya juga sedikit pudar. Dalam gambar kelihatan kedua ibu bapanya berdiri di belakang Affy dan Alff. Affy dan Alff pula memegang tangan seorang perempuan. Alff mengalirkan air mata.

“Kau rindu dia kan ?” Affy tiba-tiba sahaja muncul.

Alff cepat-cepat menyeka air matanya supaya Affy tidak nampak. Dia menarik bantal dan menutup mukanya. Affy menggeleng kepala melihat perangai adik kembarnya itu. Macam budak-budak, budak ni lupa agaknya aku kembar dia. Ingat kau sorang je yang rindu, aku lagi rindu. Walaupun muka kita beza dalam 50% tapi kalau dah kembar tu feeling ada lah sama sikit. Affy mula bercakap dalam hati. Dia menarik bantal yang menutup muka Alff.

“Nanti kau sesak nafas kalau tutup-tutup muka.”

“Em…”

Affy menarik pula bingkai gambar yang masih digenggam oleh Alff. Dia melihat gambar tersebut dan tersenyum. Siapa sangka Alff dan Affy akan simpan gambar yang sama. Sebab itu satu-satunya gambar keluarga lengkap mereka. Sekarang masih tinggal lagi seorang ahli keluarga yang masih belum pulang.

“Kau pun rindu dekat kakak kan ?” Affy tersenyum.

Alff hanya mengangguk. Affy memandang muka Alff. “Buruk lah lelaki menangis. Aku pun sebenarnya sama je rindu kat akak.”

“Kau agak bila dia nak balik ? Aku tak sangka dia merajuk sampai tinggalkan parents sendiri then tinggalkan kita.”

“Entah. Nanti dia balik lah macam aku balik sekarang ni.” Affy memandang Alff kemudian tersenyum.

“Kenapa ?”

“Tahun depan aku sekolah sama dengan kau.”

Alff tersenyum. Mana mungkin dia berpisah lagi macam dulu. “Kelas mana kau masuk ?”

“Kelas kau lah.”

“Ok.”

“Boleh tak aku nak tahu something. Pasal Fisya, Hazman, Jiha dengan Erin. Kalau boleh cerita lah sekali apa yang kau tahu tentang Aril dengan Zack. Sebab aku nampak cara Aril pandang Fisya masa kita kat kedai mamak hari tu.”

Alff tersengih. Dia mengambil kunci motornya dan menarik tangan Affy keluar dari biliknya. Affy hanya mengikuti Alff dari belakang.

“Alff ! Affy ! Kamu berdua nak pergi mana ?” Jeritan Datin Rozaimah mengejutkan mereka. Dato’ Ruzaiman yang sedang membaca surat khabar melihat kedua-dua anak terunya yang tersengih dari tadi.

“Keluar. Pergi bergosip kejap.”

“Hah ?”

“Tak lah. Pergi bawa Affy jalan-jalan. Nak cerita pasal Sya, Hazman, Jiha dengan Erin. Dah siap masak bagi tahu.” Alff terus berlari keluar. Affy hanya melambaikan tangan ke arah kedua ibu bapanya.

Dato’ Ruzaiman dan Datin Rozaimah menggeleng kepala melihat perangai kedua-dua anak teruna mereka.

“Anak-anak teruna awak lah tu.” Dato’ Ruzaiman tersengih.

“Anak-anak teruna kita lah.”

Alff menunjukkan rumah Fisya, Hazman, Jiha dan Erin. Dari rumah ke rumah mereke tuju. Alff bercerita kisah Fisya dan Aril. Dari mula kononnya couple paling hot dekat sekolah sehinggalah Aril dilihat bersama perempuan lain. Ketika itulah Fisya straight to the point memutuskan hubungan mereka atas alasan tidak mahu ganggu hak milik orang lain. Sampai sekarang tiada sesiapa berani mengungkit kisah Fisya dan Aril. Zack pula dari dulu sampai sekarang ada hati dekat Jiha tapi Jiha ni pun slow semacam jadi Zack tak pernah cakap dekat sesiapa sehinggalah rahsianya bocor apabila gambar Jiha tercicir dari dompet Zack. Pada waktu itu Alff pula bersamanya. Memang macam pegawai polis Alff menyoal tentang gambar tersebut. Si Erin pula memang kuat berahsia. Tapi Erin lebih kepada Hazman sebab dia tidak pernah dilihat bersama lelaki lain selain mereka. Hazman pula kuat buli si Erin ni.

Affy menggaru kepala selepas mendengar cerita dari Alff. Panjang dan terlampau padat. Menyesal pula dia tanya tadi. Tapi dalam banyak-banyak cerita yang menarik perhatian cerita Fisya dan Aril.

“Kenapa tak ada orang bagi tahu aku yang Fisya dengan Aril pernah couple ni ?”

“Kau baru kenal Fisya macam mana nak bagi tahu. Hesh…”

“Ye tak ye juga kan.”

“Hah ! Apa lagi nak tahu ni ?”

“Kau sama kelas dengan siapa lagi antara budak-budak ni ?”

“Jiha dengan Hazman je. Aril kelas sains akaun. Zack satu kelas dengan Fisya.”

“Oh… Ok. Banyak betul kelas sains.”

“Biasalah tu. Tapi kan kenapa kau tak nak akaun ? Bukan kau hebat kira-kira ke ?”

“Tak lah. Aku minat biology sebenarnya. Kira-kira tu semua orang hebat cuma kena banyak latihan tu je. Sebab tu tadi mama dengan papa satukan aku sekali dengan kau tak payah susah-susah.”

Life kat sekolah biasa lain lah Affy. Maybe kau rasa senang kalau duduk dalam kelas. Tapi bila dah luar kelas kau akan tengok ramai pelajar macam berpuak-puak dekat sana nanti. Even aku sendiri pun terpaksa macam tu.”

Affy tersenyum.“Aku dah rasa banyak pengalaman dekat sekolah luar negara, insya-Allah kat sini aku boleh cuba. Lagipun kau kan ada tolong aku.”

“Em…” Telefon bimbit Alff berbunyi. Tertera ‘Mama’ di skrin telefon bimbitnya. Alff menarik Affy menaiki motor semula dan meminta Affy menjawab panggilan telefon tersebut. Alff membawa motor dan melalui hadapan rumah Fisya. Dia ternampak Fisya di halaman rumahnya memegang seekor anak kucing berwarna kelabu. Dia mengalihkan pandangan ke hadapan semula dan tersenyum.

Bunyi bising di KLIA mematikan lamunan Aqilah. Sudah bertahun dia tidak pulang ke Malaysia. Dia memasuki sebuah teksi dan meminta pemandu teksi tersebut menghantarnya ke Hotel Marriot. Aqilah melihat sekeliling kawasan. Banyak perubahan yang berlaku semenjak dia tiada di Malaysia. Dia pergi tanpa sebarang khabar berita. Malahan keluarganya sendiri tidak cuba mencarinya.

“Cik, dah sampai.”

Azira berhenti mengelamun. “Terima kasih pakcik. Maaf, pakcik boleh tak saya dapatkan nombor telefon teksi kawasan sini sebab saya baru lagi sampai Malaysia dah lama sangat tak datang sini.”

“Boleh. Nah, kad ni ada nombor pakcik dengan nombor telefon teksi kawasan sini.” Pemandu teksi tersebut memberikan sekeping kad kepada Aqilah.

“Terima kasih pakcik.”

Selepas mengambil begnya dia memasuki kawasan lobi hotel untuk pendaftaran masuk ke biliknya. Dia mendapatkan kunci bilik dan terus menaiki lif. Beg yang penuh berisi baju itu digenggam seerat-eratnya. Dia terus memasuki bilik hotelnya dan menghempaskan diri di atas katil. Terasa lega sangat-sangat dapat lihat katil. Dia teringat sesuatu. Aqilah mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi rakannya.

Farish yang sedang makan bersama Fisya sedikit terperanjat mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Siapa pula umat yang menelefon time hujung minggu ni. Dia melihat skrin telefon bimbitnya dan terus bangun dari meja makan. Fisya memandang abangnya itu dengan pandangan mata yang tajam.

“Qiqi, bila balik ?”

“Jangan panggil Qiqi lah panggil Aqilah dah lah.”

“Suka hati lah nak panggil apa kan. Dah dulu masa kat Australia panggil Qiqi sampai sekarang melekat.”

Fisya meluat dengan sikap abangnya yang seorang ni. Masa makan pun nak berasmara dalam hand phone. Dengan makwe pula tu. Fisya dari tadi hanya mendiamkan diri. Selesai sahaja abangnya bercakap dengan Qiqi, Fisya bangun dari meja makan. Dia mengambil pinggannya dan menghempaskan pinggan tersebut ke dalam sinki. Nasib baik tak pecah. Sebenarnya Fisya gelabah juga tadi bila dia sengaja hempaskan pinggan tersebut. Kalau pecah teruk dia kena nanti. Farish yang sedar akan perbuatan Fisya diam sahaja. Dia memandang adiknya itu. Mood tak baik agaknya. Datang bulan ke apa ? Farish berkata dalam hati.

Farish memanggil adiknya tetapi Fisya buat endah tak endah sahaja. Dia berlari menuju ke biliknya. Beberapa minit kemudian terdengar ketukan dari luar biliknya.

“Sya… Buka pintu kejap.”

Do it yourself along. The door is not lock at all ok.”

Farish memasuki bilik adiknya. Dia melihat adiknya sedang mencebikkan muka seperti merajuk.

“Kenapa ?”

“Siapa dalam telefon tadi ?”

“Kak Aqilah. Along panggil dia Qiqi je.”

“Dia tu siapa ?”

“Kawan along masa sama study dekat Australia.”

“Along suka dia ?”

“Er…”

“Jawab lah.”

“Suka juga lah.”

“Ok. Tuh je nak tahu.” Fisya tersengih. Farish pula menggaru kepala melayan kerenah adiknya yang manja ni. Sekejap marah sekejap mengada. Nasib baik lah adik sendiri kalau tidak dah lama campak lombong dah.

“Along nak pergi mana ? Jumpa Kak Qiqi ye ?”

“Sibuk je. Pergi belajar lah tahun depan nak SPM.”

Farish mencapai bantal di atas sofa bilik adiknya dan mencampakkan ke arah adiknya. Fisya ketawa dan menjelirkan lidah apabila balingannya tidak kena. Farish tersengih dan terus keluar dari bilik adiknya.

No comments:

Post a Comment