Sunday, 20 March 2011

Biru Pelangi - Bab 3



BAB 3

Affy meletakkan gitarnya di sebelah katil. Terasa mengantuk. Dia terus merebahkan diri di atas katil. Ini hari kedua dia selamat berada di Malaysia. Ada juga beberapa orang kawan Affy menghubunginya untuk berjumpa apabila kepulangan Affy telah tersebar seperti pisang goreng panas. Hampir dua tahun juga dia tinggal di Australia dan sebelum tinggal di Australia ada juga dia menetap di Scotland. Dia cuma tinggal di Scotland setahun sahaja. Tetapi silapnya dia tidak pernah tinggal bersama ibu bapanya ketika berada di luar negara. Pintu diketuk dari luar. Mungkin Mak Limah, kata Affy dalam hati.

“Affy, keluar kejap boleh tak ?” Terdengar suara Mak Limah di sebalik pintu tersebut.

Affy berlari menuju ke pintu biliknya. Dia membuka pintu dan melihat Mak Limah berdiri betul-betul di hadapannya. Muka orang tua itu seperti kerisauan. “Kenapa Mak Limah?”

“Tolong carikan adik kamu tu. Adik kamu keluar senyap-senyap. Mak Limah pun tak perasan bila dia keluar. Dah nak pukul sebelas malam dah ni. Nanti mama dengan papa kamu balik Mak Limah nak jawab apa ?”

“Dia pergi mana ?”

“Entahlah. Pergi melepak mana tak tau Mak Limah. Pergi cari cepat.”

“Ok. Nak pergi lah ni. Mak Limah tunggu dekat rumah. Nanti kalau mama dengan papa dah balik sebelum Affy jumpa adik, Mak Limah cakap Affy keluar dengan adik.”

“Adik kamu tu keluar naik motor, kamu pakai kereta. Kamu tu lesen kereta pun tak ada. Macam mana Mak Limah nak main kelentong-kelentong ni nanti ?”

“Ala, Mak Limah nak buat macam mana. Emergency case ni kan. Pergi dulu Mak Limah.” Affy terus berlari keluar dari rumah.

Dia terus membawa kereta Myvi keluar dari perkarangan rumah untuk mencari adiknya. Dia masih tidak biasa dengan jalan di sini. Kemudian, sebuah motor melintasi kereta yang dipandu Affy. Dia melihat orang yang berada di atas motor tersebut. Perempuan. Pada mulanya dia tidak perasan kemudian dia mengecam perempuan tersebut ialah Fisya. Niat Affy untuk mencari adiknya terus terlupa dan dia mengekori Fisya sampai ke sebuah kedai mamak. Dia melihat Fisya dari jauh. Kalau Fisya tahu dia diekori pasti dia dilabel budak stalker.

“Fisyaaaa !”

“Ekh, Alff ? Apesal kau lambat ?”

“Aku amik budak belakang ni dulu tadi. Motor dia rosak.” Alff menujukkan ke arah belakangnya. Hazman duduk tersengih.

“Sya, Alff, Man !” Jiha memanggil.

“Ye, sabar.”

Mereka menuju ke tempat duduk yang biasa mereka duduk. Hari ini tidak ramai yang datang untuk melepak. Lagipun hari ini tak ada function nak melepak sebab bukan boleh tengok bola. Kalau masuk part bola piala dunia, habis kedai mamak ni jadi port utama. Kalau nak pergi kedai mamak yang lain jauh. Lagipun ini lah satu-satunya, one and only ever after restoran mamak yang sediakan screen besar paling dekat dengan area taman perumahan peminat setia FIFA.

Di satu sudut lain Affy masih lagi melihat Fisya dan rakan-rakannya dari jauh. Bunyi telefon bimbit mematikan niatnya untuk pergi ke tempat Fisya. Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar, dia melihat nama yang tertera di kaca telefon bimbitnya. Em… Apa nak jawab ni ? Mama lak tu yang call. Affy terus menekan butang hijau menjawab panggilan Puan Rozaimah.

“Affy, kamu apa khabar ? Mama pulang esok ye sayang. Mama dengan papa sekarang on the way nak pergi ke Singapore jumpa nenek kamu. Nenek kamu tak sihat.”

“Ye ke ? Tapi ma, apsal mama tak bagi tahu Affy dengan adik sekali ? Boleh kami ikut sekali.”

“Sorry Affy. Mama dengan papa nak rush tadi. Mungkin dalam sehari dua lagi mama dengan papa balik, nenek akan tinggal dengan kita lepas ni.”

“Dengan kita ? Pak Su macam mana ?”

“Kamu jangan risau, kamu tak akan tinggal dengan Pak Su kamu lagi. Mama dengan papa dah uruskan semua persekolahan kamu. Lepas ni kamu terus tinggal kat Malaysia. No traveling around the world anymore.”

Affy tercengang, dia tidak percaya yang selepas ini dia akan tinggal di Malaysia terus. Fikirannya melayang ke kawan baiknya, Zack dan Aril. Kalau mereka tahu berita ni mahu tak menjerit kegedikan. Mana tidaknya mereka juga sudah lama kenal sejak sekolah rendah.

“Affy, you still there ?”

“Ada lagi.”

“Mama tahu kamu tak suka tapi ni pilihan terbaik ok. For your future. Nanti call sahaja kalau ada masalah apa-apa, tolong tengokkan adik kamu tu. Ingatkan dia yang dia dah nak jadi SPM candidate. You too Affy, kamu pun sama amik SPM gak. Ok lah, mama pergi dulu. Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Talian dimatikan.

Ada sesuatu yang lupa diberitahu di sini. Adik Affy sebenarnya kembarnya juga. Mereka dipisahkan ketika sekolah rendah. Affy diserahkan oleh ibu bapanya kepada pak cik saudaranya memerangkap adik kepada ibunya atau lebih senang digelar Pak Su. Affy terus menekan minyak kereta dan menuju ke rumah Zack. Tujuan utama mesti beritahu berita baik. Tujuan kedua, masih belum dipastikan lagi.

“Hello, Zack. Keluar lah kejap, aku depan rumah ni. Ada hal sikit.”

Belum sempat Zack bercakap talian dimatikan. Affy ni, hyper case apa malam-malam macam ni ? Zack berlari keluar tanpa baju dengan hanya memakai boxer. Kelam kabut jadinya, rambut yang serabai tidak dipedulikan. Rambut serabainya dianggap seperti fesyen baru. Mana tidaknya, disebabkan rambutnya yang serabai itulah dia menjadi pujaan ramai wanita atau paling dekat pelajar perempuan sekolahnya. Kononnya perasan sendiri yang dia jejaka idaman Malaya.

“Apa kes ? Macam penting sangat je. Hari tu ajak keluar kau tak nak. Ni dah malam-malam buta baru nak serang aku kat rumah. Nasib baik parents aku keluar.”

“Tak ada kes cuma…aku… Hehehe” Affy ketawa kecil.

“Cuma apa ? Jangan buat jantung aku berdegup laju la.”

“Parents aku lah. Diorang nak aku tinggal sini. Sekolah sini. Including, taking my SPM here. Di Malaysia. Fullstop.”

Zack terdiam. Memandang Affy separuh tidak percaya. Sebenarnya Zack memang tidak percaya kata-kata Affy kali ini. Dia memandang Affy sedalam-dalamnya.

“Apa kena ?”

Zack mengalih pandangannya. “Tak ada pape. Keluar jom. Biar aku drive lah. Kau tu lesen tak ada nak belagak lebih. Aku belanja. Call Aril hah. Tunggu jap aku tukar baju.”

“Tukar baju ?” Affy pelik dan memandang Zack.

“Pakai baju !” Zack berlari masuk ke dalam rumah dan mencapai bajunya. Dia mencapai baju di atas kerusi dan kunci rumah di atas meja belajarnya. Biliknya bersepah dengan pakaian dan buku-buku ada yang diletakkan di lantai. Dia berlari sana sini dan mengunci segala pintu sebelum keluar. Affy mencampakkan kunci keretanya ke arah Zack. Dia menangkap kunci tersebut dengan baik.

Aril melihat jam tangannya, dia mencari tempat duduk kosong di kedai mamak itu. Dia melihat sekeliling dan terpandang Alff.

“Alff, apa kau buat kat sini ?”

“Saje je ni. Makan. Minum. Borak-borak. Duduk lah sekali kat sini.”

Aril tersengih dan memandang Fisya. Erin dan Jiha memandang Fisya. Alff ni nak mati ke ? Yang dia pergi offer si Aril duduk sini buat apa ? Ex-couple Fisya pula tu. Erin memandang Hazman dan memandang ke tempat lain. Alff dan Aril masih rancak berbual. Hazman hanya mengangkat bahu tidak tahu menahu apa-apa. Sesekali Aril curi-curi memandang Fisya. Siapa tak boleh lupa cinta lama kan ?

“Aril, kat sini kau rupanya. Penat lah aku intai dari tadi.” Zack muncul. Affy di belakangnya tiada sesiapa yang masih perasan. Zack menarik dua kerusi. Semua memandang Zack dan melihat Affy.

Alff memandang Affy.

Affy memandang Alff.

“Apa kau buat sini ?” Alff dan Affy berkata serentak. Semua mata memandang mereka. Zack dan Aril tahu tapi hanya mendiamkan diri. Ini semua atas permintaan Alff dan Affy juga ingin merahsiakan hubungan mereka yang sebenarnya.

“Kejap ! Affy. Alff. Alff. Affy. Kembar ?” Fisya mula bersuara. Kini semua mata memandang ke arah Fisya pula.

“Ya. Kembar.” Alff memandang Fisya. Dia takut-takut juga nak jawab takut kena marah dengan Fisya sebab rahsiakan perkara ni.

“Ok.”

“Kau marah ke ?”

“Tak pun. Mesti ada sebab kau rahsiakan.”

“Sebenarnya Hazman pun tahu. Cuma dia tak pernah jumpa je.”

“Ok.”

Kali ini Jiha dan Erin pula yang memandang sesama sendiri. Kalau Hazman tahu Alff ada kembar memang lah tak marah. Zack dengan Aril pula memang kawan dah lama dari sekolah rendah dengan Alff. Eishh ! Pening lah. Complicated betul nak faham. Jadi Hazman tahu sebab Alff bagi tahu dia. Aril dengan Zack tahu sebab mereka memang sekolah rendah sama-sama dengan Alff dan Affy. Tapi macam mana Fisya kenal Affy ?

“Sya ? Kau tak rasa kau lupa nak cakap something dekat kitorang ?” Semua memandang Fisya kecuali Affy menundukkan muka dan terus diam.

“Apa ?”

“Aku baru tahu nama kembar Alff nama Affy bila kau sebut tadi. Mana kau kenal ?” Jiha memandang Fisya.

“Oh… Dekat taman tasik sana tu. Masa tu aku tengah rajin nak jogging then terdengar pula dia ni nyanyi lagu kat hujung tembok tu. Aku pun datang lah dengar.”

“Oh……”

“Affy, kau datang naik apa ?”

“Kereta. Alff tadi kan Zack cakap nak belanja tau.”

Zack menepuk dahi. “Lupa. So, sekarang ni kena belanja semua lah ni kan. Yelah. Susah betul kalau rahsia dah bocor ni.”

Mereka semua ketawa mendengar keluhan Zack. Mana tidaknya, tadi janji nak belanja tiga orang sekarang dah jadi tujuh orang pula. Nak tak nak kena belanja sebab dah janji kan.

Biru Pelangi - Bab 2

Love makes the time pass. Time makes love pass - Euripides

BAB 2

Alff mencampakkan beg berisi baju ke atas katil. Dia melihat jam tangannya. Dah nak pukul tiga petang. Dia terus masuk ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Selepas bersolat dia berdoa untuk ibu bapanya. Dia juga berharap supaya cita-cita dan hajatnya kesampaian. Kemudian dia mengemaskan meja belajarnya. Terasa sunyi. Ibu bapanya pasti masih di pejabat menguruskan kerja masing-masing. Alff mencapai telefon bimbitnya. Esok hari sabtu, tak salah sekali-sekala keluar malam. Duduk rumah pun bukan buat apa-apa. Lagipun kalau asyik duduk dalam rumah nanti otak tak berkembang. Dah rasa macam dalam iklan susu kanak-kanak je. Alff mendail nombor milik Fisya.

“Hello, hello ! Kopi ke Miloooo…”

“Assalammualaikum…” Fisya menjawab selamba. Dalam hatinya panas mendengar suara Alff yang tidak reti memberi salam.

“Aduh, sorry. Waalaikumusalam…”

“Pandai pun budak tak matang ni.” Fisya gelak di hujung talian.

“Janganlah gelak, aku nak ajak keluar ni. Jom. Kat kedai mamak hujung jalan tu. Aku belanja.”

“Hah ? Sekarang ke ?”

“Bukan sekarang, malam ni. Lagipun parents aku out, tak ada kat rumah maybe esok baru balik. Mak Jah tak ada. Siapa nak tolong masak ni. Kau call dua orang lagi tuan puteri tu sekali ye.”

“Ok, boleh je. Alff…”

“Apa ?”

“Kalau budak dua orang tu tuan puteri kan aku ni apa ? Kuli kau ?”

“Tak la. Kau permaisuri.Haha…” Alff tergelak sendirian.

“Ada yang makan selipar mamak kang.”

“Dah lah, jumpa malam nanti. Dalam pukul sembilan malam. Jangan lupa makcik. Ok. Bye. Assalammualaikum”

“Waalaikumusalam…” Talian dimatikan. Fisya berlari menuruni tangga. Dia perlu mencari baju sesuai untuk keluar malam ini.

Alff menuruni tangga sepantas yang boleh. Dia membuka laci meja. Dia mencari kunci motor. Ada ! Nasib baik. Kalau tidak terpaksa dia berlapar, paling tidak pun masak maggi sahaja. Sementara situasi di rumah Hazman agak kucar-kacir. Mana tidaknya, rumah habis disepahkan oleh adik-beradiknya. Dia melihat jam tangan. Ada masa mengemas sebelum malam. Manakala Jiha dan Erin berada di gelanggang futsal. Masih sempat bermain futsal pada waktu petang. Sudah menjadi kebiasaan mereka bermain futsal setiap minggu tetapi hari ini mereka pulang lebih awal selepas mendapat panggilan dari Fisya. Masing-masing sibuk pada waktu itu.

Fisya mencapai kunci motor dan berlari turun ke tingkat bawah. Mak Limah menggeleng kepala melihat perangai anak dara majikannya.

“Mak Limah tak masak kan ? Nasib baik. Nanti bila mama dengan papa balik cakap Sya keluar dengan Alff, Erin, Jiha dengan Hazman. Sya ada je kat kedai mamak hujung jalan tu.”

“Hah, yelah. Balik awal sikit. Mak limah tahu esok cuti sebab hari sabtu kan tapi kamu tu anak dara balik awal tau.”

“Ok. Bye Mak Limah. Assalamualaikum…”

“Waalaikumusalam”

Hazman mencari kelibat Alff, dia ternampak Erin dan Jiha. Pasti mereka datang lebih awal dari Alff dengan Fisya. Hazman berlari anak ke arah mereka. Dia tersengih melihat Erin dan Jiha.

“Budak dua orang tu mana ?”

Erin dan Fisya hanya mengangkat bahu. Masing-masing tidak tahu, malahan kelibat Alff dan Fisya masih tidak muncul lagi.

“Tu hah dia orang. Mengada betul lah.” Erin dah mula membebel.

Fisya dan Alff memandang mereka. Alff melambai tangan dan meminta mereka tunggu sebentar. Motor Fisya bersebelahan dengan motor Alff, mereka berdua mendiamkan diri. Fisya membetulkan rambutnya yang berterbangan ketika dia membawa motor. Alff melihat Fisya dan menghulurkan sikat. Fisya hanya mencapai tanpa berakata sepatah perkataan.

“Asal diam ?”

“Rambut aku hah ! Kau tengok, dah mengembang macam singa punya gaya je.”

“Pakai tudung lah lain kali. Dah tingkatan berapa pun nak kena ajar ke kau ni ?” Alff bercakap agak kasar. Ini bukan kali pertama dia meminta Fisya memakai tudung. Alff terus berjalan meninggalkan Fisya keseorangan.

Fisya melihat Alff sedikit dingin dengannya. Sikat milik Alff masih lagi dipegang. Dia berjalan mengikuti Alff dari belakang tanpa banyak cakap. Sorry Alff, aku tak ready lagi nak bertudung. Fisya berkata dalam hati. Erin, Jiha dan Hazman melihat Alff dan Fisya. Alff datang dengan muka ketatnya seperti marahkan sesuatu. Si Fisya pula membuat muka merajuk. Habislah, kalau budak dua orang ni jadi begini. Mesti bosan je.

“Kenapa kau orang pandang macam tu ?”

“Tengok kau berdua lah, muka masing-masing tak boleh tahan. Semua muka ketat je. Kata dah macam adik beradik tapi tak kan hati budi masing-masing tak kenal lagi.” Mulut lepas Jiha menyebabkan semua terdiam.

Fisya memandang Alff, Alff memandang Fisya. Mereka ketawa. “Jiha kau ni memang tak boleh control ayu betul lah. Dah lah Fisya kau duduk lah, jangan layan budak-budak tak matang ni.”

“Kau pun sama je, bajet macho lebih.”

Ketawa mereka pecah mendengar kata-kata Fisya yang ditujukan khas untuk Alff. First time dalam sejarah Fisya berkata begitu, bukan senang nak dengar Fisya cakap macam tu. Malam tu Alff berasa senang hati melihat Fisya mengeluarkan taring dengan kata-katanya. Dah lama mereka tak gelak ketawa. Sejak naik tingkatan empat mereka jarang menghabiskan masa bersama, dengan keluarga sendiri pun Alff jarang meluangkan masa kerana ibu bapanya sibuk berkerja.

“Mengantuknya…” Fisya menguap sekuat hati. Rasa macam nak keluar jalan-jalan, kata Fisya dalam hati. Buku fizik ditutup. Dia mengambil kunci motornya. Dia mengubah fikiran dan meletakkan semula kunci motornya. Better walk sebab naik motor tak bakar lemak. Fisya keluar berjalan-jalan seorang diri di sekitar taman tasik yang berdekatan rumahnya. Dia terdengar seseorang menyanyi di hujung taman tasik tersebut. Ada seorang lelaki sedang bermain gitar di atas tembok hujung taman tasik itu.

Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Lagu Kau Ilham Ku. Nak pergi tengok lagi dekat lah. Mana tahu dapat nasib baik kan. Boleh lah aku nyanyi sekali.

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Fisya berjalan menuju ke tembok hujung taman tasik tersebut. Memang jarang orang luar berada di kawasan itu lebih-lebih lagi datang untuk menyanyi atas tembok. Memang agak tak logik sebab sebelum ini tiada sesiapa lagi yang panjat tembok semata-mata nak menyanyi di situ. Fisya menuju ke arah tembok tersebut. Dia melihat seorang lelaki sedang duduk di situ. Rambutnya ala-ala kulit durian, pakaiannya juga menarik perhatian Fisya. Baju berjenama Body Glove, kasutnya pula Adidas yang berkemungkinan harganya mencecah ratusan ringgit. Lelaki tersebut masih tidak perasan akan kehadiran Fisya di situ. Fisya menghampirinya dan berdiri berdekatan lelaki tersebut. Lelaki tersebut menoleh dan memandang Fisya. Nyanyian dihentikan. Fisya sedikit terkejut melihat lelaki tersebut. Mukanya seiras, cuma terdapat sedikit perbezaan.

Lelaki tersebut tersenyum melihat Fisya. Dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan Fisya. “Hai, saya Affy.”

“Err… Sa…sa…ya… Err… Sya…” Salam disambut.

“Hah ?”

Sejak bila kau jadi gagap ni Fisya. Dush ! Dush ! Fisya mula bersikap pelik apabila dia tiba-tiba seperti amnesia sebentar. “Sorry, I’m Fisya.”

“Oh, I see. You ni budak area sini right ?” Affy bertanya.

“Yes. Tapi Affy ni bukan tinggal kat sini kan ? Saya tak pernah nampak awak sebelum ni.”

Affy hanya tersenyum. “Betul awak rasa awak tak pernah nampak saya Fisya ? By the way, awak ni mesti student sekolah tu kan ?” Affy menunding jari ke arah blok bangunan sekolahnya yang kelihatan dari taman tasik itu. Lagipun majoriti pelajar di sekolah tersebut kebanyakannya tinggal berdekatan sahaja.

“Ya, memang saya sekolah situ. Awak sekolah mana ?”

“Overseas. Ausie. On the way nak amek O level sepatutnya tapi saya rasa its better kalau saya further studies kat Malaysia.”

“Oh… You kinda lucky you know.” Fisya tersenyum

“Tak juga. Sebab saya dah lama sangat tinggal dekat Ausie tu.”

“Oh… Em…”

Affy melihat jam tangannya. Dah lewat petang. Dia mengambil gitarnya dan turun dari tembok itu. “Fisya, saya rasa nak balik lah. Dah lewat ni. Kalau nak dengar saya nyanyi datang lagi esok kat sini. Boleh borak-borak. Lagipun saya tak kenal sesiapa pun kat area sini.”

“Ok, tak ada hal lah. Esok kalau free saya datang lagi.”

“Nak saya tumpangkan balik rumah ?”

“It’s ok. Prefer to walk.”

“Oh, ok then. Pergi dulu. Assalammualaikum”

“Waalaikumussalam”

Tuesday, 1 March 2011

Biru Pelangi - Bab 1

The road ahead is what you leave behind - Brad Perks

BAB 1

“Fisya, aku dengar kau nak balik UK. Betul ke wei ?” Erin menegurnya dengan mulut yang masih penuh berisi makanan. Fisya melihat Erin dan menggeleng kepala.

“Kot ye pun kau neh cuba lah habiskan makanan dalam mulut tu dulu. Sebijik dah muka kau macam kartun dalam cerita Monster, Inc. tuh tahu tak.” Fisya tersengih melihat telatah rakan baiknya seorang ni.

“Haih, yelah. Jap. Kau tunggu ! Aku nak basuh tangan kat luar kejap.” Erin berlari keluar dari kelas menuju ke paip berdekatan dengan kelas mereka. Dia membasuh tangan secepat yang boleh walaupun masih terlekat zahrah-zahrah kotoran degil di tangan. Dia tidak peduli asalkan mendapat tahu cerita sebenar dari Fisya. Dia terus berlari menuju ke kelas semula.

“Gila ekspres kau basuh tangan. Bersih ke tak tu ?” Fisya memandang Erin sambil membuat muka selenge tidak mempunyai perasaan. Fisya melihat tangan Erin dan menggeleng kepala.

“Alah kau ni abaikan tangan dan segala jari jemari montel aku ni. Yang penting aku nak tahu pasal kau nak balik UK ni. Betul ke tak ni ?” Erin mula membebel mengalahkan warga emas di kampungnya. Sudah semestinya warga emas tu nenek Erin.Fisya tergelak tiba-tiba, Erin memerhati dengan pandangan yang pelik. Sah ! Fisya dah jadi mereng beberapa hari ni. Punya lah kecoh fasal Fisya nak pergi UK masa cuti akhir tahun kali ni dia boleh gelak lagi. Dah lah tahun depan nak SPM, tak ingat dunia betul lah si Fisya ni.

“Sudah-sudah lah kau gelak kan aku. Sadis je aku tak tahu apa-apa ni.” Erin menarik muka dan terus duduk di kerusi berhadapan dengan Fisya.

“Ehem… Aku sebenarnya kena pergi UK sekejap je. Seminggu macam tu lah. Aku kan dah bagi tahu hari tu. Kau tak ingat kan ?” Fisya berkata dengan selamba. Dia mengambil coklat Cadbury dari bawah mejanya dan meletakkan di atas meja.

Coklat Cadbury di atas meja masih tak bersentuh. Erin memandang Fisya kemudian mengalihkan pandangan ke coklat Cadbury yang masih kekal di atas meja tidak berusik. Erin menalan air liur melihat coklat tersebut. Sebesar alam si Fisya ni beli coklat. Memang tak menahan air liur lah. Erin tidak dapat menahan godaan. Dia sudah bersiap sedia menerkam coklat berada di atas meja. Masing-masing sunyi sepi yang kedengaran hanyalah beberapa rakan sekelas mereka yang sedang bergosip. Itu memang menjadi hobi Tyraa dan konco-konconya. Memang sah-sah tengah gosip pasal artis, tak pun paling low profile punya gosip mesti pasal budak lelaki sekolah ni.

Nak dipendekkan cerita Fisya, Erin dan beberapa lagi rakan baik mereka tak tergolong dalam orang yang menyebarkan gosip sebaliknya orang yang menjadi mangsa gosip. Beberapa pelajar kelas sebelah lalu di hadapan kelas mereka. Fisya memandang ke pintu dan melambai-lambai tangan ke luar. Erin menoleh ke luar. Dia memandang Fisya sambil tersenyum. Jiha, Hazman dan Alff tersengih dan melambai tangan meminta tunggu dalam 15 minit lagi. Memandangkan mereka pelajar dari kelas sains tulen jadi kelas mereka berdekatan sahaja dengan kelas sains teknologi iaitu kelas Fisya dan Erin. Sebaris dengan kelas mereka ada juga menempatkan kelas sains akaun yang majoritinya bakal pelajar cemerlang sekolah dan juga merupakan saingan terbesar kelas sains lain.

“Ajak diorang lepak dengan kita.” Erin tersengih seperti kerang busuk. Lagi ramai kawan mereka lagi riuh lah kelas tu nanti.

“Erin, kau ni tahu je kan. Aku memang saje je beli coklat sebesar alam ni sebab nak ajak diorang lepak dengan kita. Lagipun nanti tak ada cikgu masuk sebab akhir tahun kan. Tu yang best.” Fisya memandang ke luar memastikan tiada cikgu yang lalu lalang di kawasan blok mereka. Erin dari tadi hanya mendiamkan diri menahan air liur melihat coklat Cadbury tersebut.

15 minit kemudian terdengar bunyi bising di luar kelas. Minggu ini ialah minggu akhir persekolahan bagi para pelajar. Seperti biasa Fisya dan Erin lebih suka menghabiskan masa di dalam kelas dari keluar duduk melepak di pondok berdekatan taman sekolah. Beberapa pelajar dari kelas lain juga telah mengamalkan nomad dari kelas ke kelas seperti biasa pasti untuk bergosip atau dating bersama buah hati masing-masing. Dari luar kelas terdengar jeritan Amy, pengawas sekolah yang gila kuasa mengarah supaya semua pelajar masuk ke dalam kelas sementara menunggu guru masuk.

Beberapa minit kemudian kelihatan pelajar kelas sebelah mula berlari sana sini melarikan diri daripada bertembung dengan si Amy gila kuasa. Jiha dan Hazman sempat melarikan diri dari kelas mereka dan terus memasuki kelas Fisya melalui pintu belakang. Kelibat Alff tidak kelihatan di luar kelas dan juga ketika Jiha dan Hazman melarikan diri dari kelas mereka.

“Alff mana ? Korang tinggalkan dia ke ?” Fisya mula pelik melihat hanya Jiha dan Hazman berdua sahaja.

“Tak lah. Dia pergi buat project jahat sikit. Dia pergi kantin.” Jiha mengeyit mata. Hazman hanya mengangguk dan tersengih.

“Alff tu ada je kan idea dia.” Erin mula bersuara.

Tiba-tiba kedengaran beberapa pelajar perempuan menjerit di luar kelas. Keadaan menjadi kelam kabut apabila kelihatan pelajar berlari sana sini di luar kelas. Hazman memandang Fisya, Erin dan Jiha. Hazman tersengih. Fisya, Erin dan Jiha menjeling Hazman dengan pandangan mata yang tajam. Tiada godaan dan tatapan indah yang diberikan oleh wanita di hadapan Hazman. Dia mengaku kalah.

“Ok, jangan pandang macam tu. Punca menjerit kat luar tu semua idea Alff. Tiada kena mengena dengan korang semua. Dia bukan pergi kantin pun.” Hazman bercakap dengan perlahan supaya tiada sesiapa mendengarnya. Fisya, Erin dan Hazman menahan gelak supaya tiada siapa yang mendengar rancangan tersebut.

“Alff masuk kan apa kat dalam beg diorang kali ni ?” Erin mula berminat mengetahui perkembangan rancangan Alff.

“Rapat-rapat sikit. Tapi korang diam je tau.” Mereka mula merapatkan kerusi masing-masing mendengar cerita Hazman.

“Alff bawa banyak gila kali ni. Ada lipas dah mati dengan cengkerik hidup. Tapi paling best dia letakkan lipas dah mati ngan cengkerik hidup betul betul dalam beg si Amy gila kuasa tu. Tapi aku tak tahu lah minah tu dah perasan ke belum.” Hazman semangat memberitahu mereka

Mereka semua tergelak mendengar rancangan Alff. Memang tak dapat dinafikan lagi, rancangan Alff ni boleh menyebabkan dia dikerat-kerat oleh si Amy gila kuasa tu. Kalau Amy tu melenting memang boleh roboh sekolah ni. Cuma tiada siapa nak percaya yang si Alff ni buat kerja-kerja nakal macam tu. Siapa tak kenal Alff ni, atlet sekolah yang banyak mengharumkan nama sekolah. Bukan setakat atlet je tapi anak Dato’ Ruzaiman, usahawan terkenal di Negeri Sembilan. Walaupun Alff anak orang berada dia tidak pernah memilih kawan, dia tidak kisah berkawan dengan Hazman walaupun Hazman tidak setaraf dengannya.

Mungkin keluarga Hazman tidak sekaya keluarga rakannya yang lain tetapi mereka sahaja yang sanggup berkawan dengan Hazman. Jiha dan Erin pula memang seorang yang mesra alam. Mereka semua mula berkenalan ketika tingkatan satu. Pada waktu itu masing-masing seperti orang kehilangan arah tidak tahu alam persekolahan menengah lagi. Waktu itu Jiha mula-mula sekali menegur Erin dan Fisya. Sementara Fisya dan Alff memang sudah saling mengenali sejak tadika lagi. Cuma mereka berlainan sekolah pada waktu sekolah rendah dan bertemu kembali ketika alam sekolah menengah. Apabila Alff berkawan dengan Hazman, Fisya juga menjadi rapat dengan Hazman dan mula berkawan baik.

“Hoi ! Kau berangan ke ?” Hazman terkejut. Potong cerita je si Erin ni. Cerita lama yang melintasi fikiran Hazman terhenti. Fikiran Hazman telah melayang-layang apabila teringat kisah zaman alam persekolahan menengah rendah dahulu. Sekarang dah menengah atas, budak tingkatan empat kan so jadi senior lah. Lagi beberapa minggu sahaja masuk tah

“Eishhh… Kau ni kan Erin kacau daun lah. Aku baru je……” Kata-kata Hazman terhenti apabila terdengar bunyi seorang pelajar perempuan menjerit kuat. Mereka semua memandang ke luar kelas. Alff sedang berlari dari kelas sebelah dan menuju ke pintu belakang kelas 4B.

“Huh… Pe…nat…. gila.” Alff tersengih dan membuat gaya thumbs up ke arah kawannya. Alff menarik kerusi bersebelahan Hazman dan terus duduk membiarkan keadaan di luar berterusan kecoh dengan jeritan ketakutan pelajar perempuan.

“Alff takpe ke ?”

Alff memandang Jiha. “Emm… Takpe rasanya. Aku pun dah bosan dengar si gila kuasa bagi arahan sana sini.” Tangan Alff mencapai coklat di atas meja tanpa banyak tanya.

“Bon appetite…” kata Alff pada rakannya. Bungkusan coklat dibuka dan dikoyakkan. Fisya menahan ketawa melihat muka Erin yang berubah apabila coklat Cadbury di atas meja diambil oleh Alff.

Fisya, Jiha, dan Hazman tidak dapat menahan ketawa. Akhirnya mereka ketawa melihat Erin membuat muka apabila Alff tidak memberikan coklat tersebut kepadanya. Alff tersedar dengan perbuatannya terus meletakkan semula coklat tersebut di atas meja, dia tersengih melihat Erin yang hampir marah.

“Aku dari tadi tunggu nak terkam coklat tu, kau senang lenang je datang terus makan.” Erin membebel dan terus mencapai coklat tersebut.

“Weh, Alff berapa banyak kau bawa menatang tu semua ?”

“Tak banyak. Dalam satu bekas plastik je lah rasanya.” Alff mengambil botol air mineral yang masih belum dibuka itu dari atas meja dan meminumnya tanpa berkata apa-apa.

“Ohhh, satu plastik je. Kedekut kau ni.” Kata Fisya dengan selamba. Alff yang sedang minum air tersedak mendengar kata-kata Fisya.

Mereka semua gelak melihat Alff yang tiba-tiba tersedak, nasib baik air sempat telan kalau tidak habis mereka disembur air dari mulut Alff. Alff memandang Fisya, dia tidak percaya sebab ini kali pertama Fisya bersetuju dengan rancangan nakalnya membawa lipas dan cengkerik. Sebelum ini pernah juga dia bawa lipas dan kenekan beberapa pelajar dari kelas sains akaun. Tapi teruk dia dikerjakan Fisya. Malahan dia dipaksa menulis surat oleh Fisya supaya meminta maaf kepada pelajar kelas sains akaun. Perubahan yang sangat pelik.

“Alff ! Apsal kau pandang aku macam tu ?” Fisya memarahi Alff.

“Hah ? Tak aku sebenarnya tak caye kau cakap macam tu. Selalu kau tak setuju apa yang aku buat. Lebih-lebih lagi kalau ada bab lipas tu semua.”

“Alah kau ni Alff. Sekali sekala nak gak aku dengar puting beliung melanda kat blok ni.”

“Dah ada dah pun. Tadi…” Kata-kata Alff terhenti apabila terasa aura tidak menyenangkan.

“Haffsyam ! Ahmad Hazman ! NorjIha ! Kau orang bertiga balik kelas sekarang !” Amy menjerit di pintu kelas.

Kantoi ! Habis Amy dah tahu. Sadis je bila nama kena jerit kuat-kuat. Punya skema lah si Amy ni sampai nama panjang yang dia jerit. Elok-elok nama glamour aku Alff dia panggil Haffsyam. Jatuh populariti aku budak Amy ni kerjakan. Alff mula berkata dalam hati. Arahan Amy tidak diendahkan dan dia langsung sedikit pun tidak berganjak dari kerusi. Bukan sahaja Alff yang tidak berganjak malahan Amy yang berdiri di pintu juga masih tidak berganjak. Degil yang amat kedua-dua pelajar sekolah ni. Masing-masing kepala batu, agaknya kalau baling dekat anjing pun boleh mati.

Alff memandang Amy dan tersengih. Tak nak bergerak ke minah ni ? Nak tunggu aku dengan budak lain gerak keluar kelas baru nak berganjak ke ? Alff mula memikirkan jalan penyelesaian agar Amy keluar pergi dari kelas dengan segera. Kalau boleh dia nak Amy pergi terus macam mee segera, senang je tak perlu bagi arahan. Alff memandang Fisya dengan memek muka yang minta simpati. Fisya menggeleng kepala. Alff senyum terpaksa dalam hati masih berharap Fisya membantunya.

“Fine. Heshh…” Fisya bangun dan menuju ke arah Amy.

“Thanks makcik” Alff tersengih.

Erin, Jiha dan Hazman memandang Fisya. Mata mereka beralih ke arah Alff. Alff hanya mengangkat bahu. Amy sedang bercakap dengan Fisya. Beberapa minit kemudian Amy terus pergi dari pandangan mata mereka. Semua hanya mendiamkan diri. Terasa aman duniawi tanpa jeritan yang membantutkan keamanan sejagat para pelajar.

“Well, my best buddy since I was a six years old. Fisya tu dah macam adik aku sendiri tau.”

“Oh…” Kata Erin, Jiha dan Hazman serentak. Mereka bertiga memandang sesama sendiri sementara Alff masih lagi

“Apa yang panjang semacam je kau orang ni ?” Fisya menarik kerusi. Semua menggeleng kepala mendiamkan diri. Mereka tidak banyak berkata dan gelak tawa, mungkin penat atau masalah lain yang perlu difikirkan. Alff memandang Fisya dan memandang ke luar kelas. Terasa sedap angin yang menyapa, rambutnya diusap. Dia cuma berharap tapi tuhan yang tentukan.

Thursday, 27 January 2011

Biru Pelangi - Prolog

Enam tahun berlalu sejak Fisya meninggalkan zaman persekolahannya. Fisya memegang kad jemputan ke jamuan reunion sekolah lamanya. Lima tahun sebelumnya dia ada menerima kad itu juga tetapi dia tidak pernah datang walaupun menerima sms daripada rakan-rakan meminta dia menghadiri jamuan tersebut. Semua pelawaan terpaksa ditolak dengan baik. Tetapi pada reunion kali ini Fisya datang tanpa dipaksa.

Fisya membetulkan tudungnya. Baju kurung berwarna biru ini sudah lama dibeli memandangkan Fisya tahu yang setiap hujung tahun pasti ada majlis reunion. Lagipun, dia masih ingat lagi pujian yang diberikan seseorang apabila dia memakai pakaian berwarna biru. Hampir enam tahun tiada khabar berita dari rakan-rakannya yang lain. Fisya hanya berhubung dengan rakan baiknya sahaja. Dia melihat jam, masih ada setengah jam sebelum jamuan dimulakan.

Fisya berlari-lari menuruni anak tangga dan terus menuju ke dapur untuk mengambil jam tangannya. Mak Jah melihat Fisya dan menggelang kepala. Dia melihat kunci kereta yang berada dalam bekas menggantung kunci tersebut. Fisya melihat kunci kereta yang ada. Abangnya Farish pasti keluar kerana kunci kereta milik abangnya tiada di situ.

“Fisya, kamu cari apa lagi tu ?” Mak Jah keluar dari dapur.

“Er… Mak Jah, kunci kereta Fisya tak ada pun. Mak Jah nampak tak ?”

“Kamu dah lupa ke ? Farish pakai kereta kamu. Bukan ke si Farish bagi pinjam kereta dia dekat kawan perempuan dia tuh siapa namanya ? Cici ? Lili ?”

Fisya tergelak mendengar Mak Jah menyebut nama buah hati kesayangan abangnya, Farish. “Qiqi la Mak Jah… Cici tu nama kucing Fisya lah.”

“Hah, budak Qiqi tu lah yang dia bagi pinjam. Nama dia pun dah dekat dengan kucing manalah Mak Jah ingat. Dah tua lah katakan.”

“Ok lah Mak Jah. Dah lambat. Pergi dulu.” Fisya menghulur tangan dan bersalaman dengan Mak Jah.

“Assalammualaikum Mak Jah.” Fisya memberi salam dan terus mencapai kunci kereta Toyota Caldina milik abangnya. Dia sendiri tidak tahu sudah berapa buah kereta yang dibeli abangnya. Bagi Fisya cukuplah apa yang sudah ada. Kereta rasanya ada empat buah agaknya. Kemungkinan juga abangnya akan menambahkan lagi beberapa buah kereta sebagai koleksi peribadi dia. Rumah banglo tiga tingkat yang mereka tinggal sekarang ni pun dah cukup besar atau nak lebih tepat dah cukup melampau besarnya sampaikan Fisya sendiri tidak habis melawat lagi sejak dia tinggal bersama abangnya.

Fisya memasuki kereta dan melihat jam tangannya. Masih ada setengah jam sebelum bermulanya jamuan reunion tersebut. Pandangannya beralih ke arah sampul surat berwarna biru. Dia mengambil sampul surat tersebut. Cantik warna biru ni kata Fisya dalam hati. Dia mengeluh dan meletakkan sampul surat tersebut ke tempat asalnya. Sampul surat itu dibiarkan, kemungkinan milik Farish. Fisya tidak mahu menyentuh barang abangnya kerana takut dimarahi.

Fisya terus memandu berhati-hati menuju ke Hotel Allson Klana. Perjalanan cuma mengambil masa selama 15 minit dari rumah Fisya kerana rumahnya berdekatan dengan hotel tersebut. Selepas 15 minit, Fisya telah pun memasuki ke kawasan parking hotel tersebut. Dia melihat sekeliling dan mengeluh. Dia risau kehadirannya mengundang masalah kepada orang lain. Fisya keluar dari keretanya dan melihat beberapa orang bekas pelajar sekolahnya sedang gelak ketawa di luar kawasan hotel.

Dia berjalan menuju ke dalam hotel tersebut. Sudah enam tahun tidak mendengar tawa rakan-rakannya. Fisya masih tidak perasan ada seorang lelaki yang asyik melihatnya dari jauh. Seorang lelaki yang sangat dia kenali sejak dari alam persekolahan.