Monday 21 March 2011

F.R.I.E.N.D - Bab 1

Share

Bab 1

Farish memanjat pagar sekolah secepat yang mungkin. Dia terjun dari pagar tersebut dengan berhati-hati. Dia melihat jam tangannnya. Masa menunjukkan 7.35 pagi. Dia terlewat lima minit sebelum pagar sekolah ditutup. Dia melihat sekeliling untuk memastikan tiada pengawas yang masih menjaga di pintu pagar tersebut. Dia berlari menuju ke stor sukan supaya tiada sesiapa yang akan nampak dia menuju ke padang.

“Farish !” Seseorang menjerit dari belakangnya. Farish kaku seperti mayat. Badannya tidak bergerak. Kantoi habis yang dia terlewat datang ke sekolah. Dia mula gelabah.

“Farish, kau lambat datang sekolah lagi ?”

Farish menoleh ke belakang, dia berasa lega melihat Dini. Buat takut orang lain minah ni.

“Kau ni, jangan lah jerit kuat-kuat. Takut aku tadi. Tegak semua bulu tengkuk dengan bulu tangan aku. Aku mati-mati ingatkan tadi cikgu.”

Dini ketawa perlahan. “Dah lah pergi cepat beratur. Aku tulis nama kau sebab datang lambat nanti baru tahu.”

“Kau ni memang pengawas baik hati. Nasib baik kau jaga pagar belah sini hari ni. Kalau tak teruk aku kena dengan cikgu disiplin nanti. Gerak dulu. Bye.

Dini menggeleng kepala melihat Farish. Masuk ni dah berpuluh kali Farish datang lambat ke sekolah. Dalam berpuluh kali dia cuma pernah ditangkap lewat sebanyak dua kali sahaja. Farish boleh dikira pencipta sejarah pelajar paling banyak kali lewat datang ke sekolah. Hanya Dini dan beberapa orang rakannya sahaja yang tahu punca Farish datang lewat ke sekolah. Ada juga dia menerima laporan dari pengawas junior ada pelajar menengah atas menyelinap masuk dengan memanjat pagar. Tak lain tak bukan semestinya Farish. Tetapi laporan itu terpaksa diabaikan. Mungkin agak berat sebelah tetapi itu satu-satunya cara supaya Farish tidak dibuang sekolah kerana sering lewat ke sekolah.

“Dini, Farish lambat lagi ke ?” Riqa muncul di belakangnya.

“Yelah. Macam biasa. Aku tak tahu lah dia tu. Aku rasa dia tu patut buka sekolah sendiri je. Biar waktu sekolah dia yang tentukan. Dah lah jom pergi padang.” Dini melihat jam tangannya dan terus menutup buku pengawasnya. Pen dimasukkan ke dalam poket baju.

Ok. Jom lah.” Riqa menarik tangan Dini. Kedua-duanya berjalan lambat. Terasa malas nak pergi ke padang.

Kereta Toyota Vellfire memasuki perkarangan sekolah. Pak Sahak meletakkan kereta di kawasan parkir untuk tetamu.

“Pak Sahak nak tunggu atau nak ikut sekali ?”

“Tak apa lah Tan Sri. Saya tunggu sini.”

Tan Sri Malik melihat anak terunanya yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut anaknya sejak dari tadi.

“Nash, kamu dah sampai sekolah baru ni. Pengetua sekolah ni kawan baik papa dari kecik lagi. Nanti kalau ada masalah kamu boleh jumpa Encik Nawab tu. Keluar cepat. Jangan nak duduk diam je.”

Ok papa.” Nash keluar dari kereta tersebut. Dia mencapai beg converse dengan perasaan yang bercampur-baur. Tidak pasti sama ada dia akan mendapat kawan baru atau tidak.

Terdapat seorang lelaki yang usianya sebaya dengan Tan Sri Malik menuju ke arah Nash. Dia tersenyum melihat kehadiran mereka, seperti memang tengah menanti kedatangan mereka. Tan Sri Malik bersalaman dengan lelaki tersebut.

“Nawab, anak aku ni. Nazirul Nasrun. Kau panggil dia Nash je.”

“Dah besar anak kau ye. Nash, kamu dah ready ?”

Nash hanya mengangguk dan tersenyum. Encik Nawab, pengetua sekolah ni rupanya. Ingatkan siapa tadi lari ke sini. Nash menghulur tangan bersalaman dengan pengetua barunya.

“Nash, kamu ikut Encik Nawab. Papa nak pergi pejabat.”

Nash hanya mengangguk. Dia pura-pura tidak mendengar perbualan Encik Nawab dengan papanya. Dia berasa malas nak ambil tahu.

“Nash, kamu ikut saya. Saya hantarkan kamu ke kelas. Kalau ada masalah nanti bagi tahu. Lagipun dah lapan lebih ni. Semua pelajar dah masuk kelas. Mari.”

Nash hanya mengikuti Encik Nawab dari belakangnya. Dia melihat kawasan sekolah itu. Sangat bersih dan cantik. Mesti pelajar disini lebih baik disiplinnya sebab dia jarang dapat lihat sekolah yang sebegini bersih. Dia menaiki tangga mengikuti Encik Nawab. Keadaan di tangga diserikan dengan pelbagai jenis corak dan juga ditampal poster yang menaikkan semangat para pelajar. Dia melalui beberapa buah kelas tingkatan tiga. Semua mata para pelajar dari kelas itu melihatnya.

“Dini, kamu sini kejap. Kamu empat Bakawali kan ?”

“Ye cikgu. Cikgu perlukan apa-apa ?”

“Ini pelajar baru kelas kamu. Tolong bawa dia ke kelas sekarang. Saya ni dah tua, tak larat dah nak naik bertingkat-tingkat. Lutur pun dah terketar-ketar. Maaf lah susahkan kamu.”

“Tak ada masalah cikgu. Saya pun nak balik kelas ni.” Dini hanya tersenyum ke arah Encik Nawab dan Nash.

“Nash, kamu ikut dia. Dia ni pengawas sekolah. Kalau nak tahu apa-apa tanya dia. Semua jalan atau laluan rahsia dekat sekolah dia tahu. Lagi expert dari saya.”

Nash dan Dini ketawa mendengar kata-kata Encik Nawab. Encik Nawab tersenyum dan dia terus meminta diri untuk bergerak. Dia tidak mahu mengganggu anak muridnya belajar.

“Jom. Kelas kat atas.”

Ok. By the way, Dini kan ?”

Yes. Nash kan ? Selamat berkenalan.”

Yes. You too. Awak dah lama sekolah sini ?”

“Lama juga, since form one. Macam-macam juga lah pengalaman dekat sini. Tapi awak jangan risau. So far so good, tak ada lah lagi students kena buli or kena public canning.”

Nash ketawa. “Saya tak risau. Lagipun saya kagum juga tengok sekolah ni. Tak ada sampah langsung. Pokok pun tak ada yang kena buli.”

“Hah ?” Dini pelik mendengar kata-kata Nash.

“Tak adalah maksud saya kan pokok pokok tu tak ada yang kena conteng atau kena toreh macam pokok getah. Benda macam tu selalu berlaku kat sekolah lama saya. Ramai sangat bercita-cita nak jadi penoreh getah agaknya.”

Kali ini Dini pula yang ketawa. “Nash, awak ni buat lawak la. Kat sini memang tak ada kejadian macam tu. Lagipun kalau siapa yang berani buat macam tu memang cari nahas lah.”

Perbualan mereka tehenti. Terdengar bunyi bising dari sebuah kelas. Nash melihat ke arah kelas tersebut dan memandang Dini semula. Dini hanya tersenyum dan terus menuju ke pintu kelas tersebut dan menyuruh Nash tunggu di luar sebentar. Nash hanya melihat dari luar kelas tersebut, tiada lagi kedengaran bunyi bising dari kelas itu. Dini memanggil Nash masuk ke dalam kelas.

Nash masuk dan meletakkan begnya di atas kerusi kosong. Tiada sesiapa yang duduk di tempat itu. Di sebelahnya ada seorang pelajar lelaki. Rambutnya serabai dan tidak disapu dengan minyak rambut. Pakaiannya juga tidak kemas. Bajunya tidak dimasukkan ke dalam seluar sekolah. Dia sedang membaca komik. Pelajar lelaki tersebut seperti tidak tergugat dengan kebisingan kelas sebentar tadi. Semua pelajar memandang ke arah Nash dan berbisik sesama sendiri.

Pelajar lelaki di sebelahnya menutup komik yang dibaca dan meletakkannya di dalam beg. Dia senyum ke arah Nash.

Student baru ? Saya Iman.” Dia menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

“Nash.”

“Sekejap ye Nash.”

Iman bangun dan menuju ke hadapan kelas. Semua pelajar memandang ke arahnya. Ada yang tersenyum. “Ok, hari ni kita ada pelajar baru. Sebagai wakil saya ucapkan selamat datang kepada Nash.”

Semua pelajar dalam kelas tepuk tangan mendengar ucapan daripada Iman. Nash menjadi pelik. Dini menuju ke arahnya.

“Nash. Awak dah kenal kan Iman tu. Dia ketua kelas kita.”

“Hah ? Biar betul.”

“Betul lah. Perangai dia memang macam sengal-sengal ubi sikit tapi jangan pandang rendah dekat dia.” Dini senyum.

“Nash perkenalkan diri awak ?” Iman memanggil.

Nash berjalan ke hadapan kelas. Semua mata memandangnya.

“Nama panjang Nazirul Nasrun bin Malik. Dulu tinggal dekat Putrajaya. Then family pindah sini ada hal perniagaan. Saya…” belum sempat Nash menghabiskan kata-kata terdengar seseorang berlari dalam keadaan kelam-kabut masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja masuk dia terlanggar meja di hadapan kelas dan terjatuh. Bersepah semua barang-barang.

Dini menggeleng kepala. Semua pelajar dalam kelas ketawa melihat keadaan yang kelam kabut itu. Nash dan Iman mengemaskan barang-barang yang bersepah.

“Farish ? Best tak langgar meja ?” Tanya salah seorang pelajar dalam kelas tersebut.

Farish menggaru kepala. Dia tersengih. Dia memandang ke arah Iman yang tengah mengemas barang-barangnya. Dia mengambil buku yang dihulur oleh Iman. “Kau ok tak ni Farish ?”

“Pagi Iman. Apesal kau serabai semacam ni ? Aku ok je. Steady lagi. Aku lambat berapa minit ?”

Lima minit 36 saat. Rekod baru”

“Dapat tak ?”

“Dapat.” Farish mengeluarkan beberapa bungkus roti yang dibeli dari kantin tadi. Bukan beberapa tapi memang banyak betul bungkusan roti dalam beg itu.

“Farish, kau pergi kantin lepas perhimpunan tadi ke ?”

Farish hanya mengangguk. Dia memandang Nash. Farish mengeluarkan roti coklat dan menghulur bungkusan roti tersebut kepada Nash.

“Er… Tak apa ke ?” Nash bertanya.

“Kami tahu yang ada pelajar baru masuk kelas ni hari ni. Sebab tu aku pergi beli tadi. Hai, aku Farish.” Mereka bersalaman. Nash mengambil roti tersebut.

“Farish, kau duduk lah. Kali ni aku lepaskan kau orang berdua.” Dini memberi arahan. Mereka kembali ke tempat masing-masing. Dini telah kembali ke tempat duduknya. Iman juga. Tinggal Nash di hadapan kelas.

“Nash, betul ke kau ni anak Tan Sri ?” Terdengar seorang pelajar perempuan bertanya.

“Er… Siapa yang cakap macam tu ?” Jawapan yang diharapkan dari Nash tapi soalan yang diberikan sebagai jawapan. Nash mengeluh dalam hati. Dia berasa serba salah untuk memberitahu perkara sebenarnya.

“Cakap je lah. Bagi je lah tahu.”

Em… Cakap je lah dari kena paksa kan. Nash hanya mengangguk bagi soalan yang diajukan oleh rakan-rakan barunya itu. Mereka semua seperti teruja mendapat tahu Nash merupakan anak Tan Sri. Orang kaya lah katakan.

“Mesti pernah pergi luar negara kan ?”

“Sekali dua tu pernah lah. Tapi Malaysia lagi best.”

Iman bangun dari tempat duduknya dan menyuruh Nash berhenti memberitahu perihal peribadinya terlalu banyak. “Ok, dah cukuplah tu Nash. Korang semua ni kan tak baik lah kita tanya peribadi orang lain melampau-lampau. Aku nak semua yang Nash cakap tadi off record. Jangan lebih-lebih nak kecoh satu sekolah. Jaga sikit reputasi kelas kita ni. Malu sikit, lebih-lebih lagi budak perempuan yang tak tahan tengok dahi licin tu !” Saja Iman meninggikan suaranya.

Semua pelajar yang mendengar kata-kata Iman terdiam. Semua menundukkan muka. Ada beberapa pelajar yang terasa dengan kata-katanya. Tetapi Iman memang maksudkan apa yang dia cakap. Sebab ini bukan kali pertama dia di sekolah ini. Semua pelajar dalam kelas ini Iman telah kenal perangainya. Malahan semua pelajar dalam kelas ini telah masak sangat dengan sikap Iman yang pantang kalau hal kecik dihebohkan satu sekolah. Kalau dia mengamuk hanya ada seorang sahaja yang boleh bercakap dengannya dan hanya orang itu sahaja yang tahu cara menasihati Iman. Siapa lagi kalau bukan Elin. Kenapa Elin ? Sebab Elin ni pun pandai cakap lepas sama dengan Iman. Masing-masing perangai nak tunjuk lagak.

2 comments:

  1. woot woot! ngeh2~
    atas permintaan ramai (nina je kot. haha) ni komen aku yep. XD

    jalan cite ok, tapi cam predictable je. harap ko ade wat surprise. hehe
    lagi satu, maybe ko tak perlu cite bnde2 yg tak penting n tak signifikan sbb 1 bab ni je berkisar kat sekolah waktu pagi. pendek2 kan la mana yg patut.
    tp kalau ko rasa sume scene tu perlu ada, dlm bab lain ko kene cite yg membawa kpd scene2 tu semula.

    ok dah. hehe.. keep up the good work! dah habis nnt leh la publish kat pts. haha

    ReplyDelete
  2. ouh oke sayang, u give some ideas too :)

    ReplyDelete